Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Pahang 1 – 3 Selangor

[REVIEW] Pahang 1 – 3 Selangor

Pahang mengekalkan barisan yang sama ketika bertemu dengan T-Team dalam saingan Piala FA tempoh hari kecuali dengan menurunkan Shah Amirul menggantikan tempat Salomon yang menjalani penggantungan permainan. Selangor membuat sedikit pertukaran pemain dengan menurunkan kesemua bekas pemain Pahang iaitu Khairul Azhan, Razman, Hafiz Kamal dan Gopinathan. Pertukaran pemain dalam barisan Selangor memang sudah di jangka berikutan mereka baru sahaja menghadapi perlawanan AFC di pertengahan minggu tempoh hari.

PicsArt_02-29-04.43.47

Separuh masa pertama:

Pahang nyata lebih dahulu settle down dan menguasai 20 minit awal perlawanan dengan serangan-serangan merbahaya yang di terajui oleh Pacheco. Gandingan beliau bersama Mikey di bahagian kiri nyata berjaya membawa kepada beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol melalui satu percubaan tersasar Mikey di minit ke 5 dan di susuli dengan percubaan Pacheco yang terkena tiang gol pasukan Selangor. Kesunggungan dan penguasaan pemain Pahang di bahagian serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Mikey berjaya menjaringkan gol pertama Pahang hasil dari satu sepakan percuma pantas di bahagian kiri pintu gol Selangor.

Selangor pada awalnya gagal mencipta peluang-peluang merbahaya dan lebih banyak menyerang melalui barisan sayap dengan Andik dan Gopi sekali sekala bertukar posisi untuk mencari peluang menembusi barisan pertahanan Pahang di kawal oleh Matthew dan Shahrizan. Olivi pula di lihat di berikan free role dan sentiasa membuat high pressing kepada barisan pertahanan Pahang. Selangor akhirnya berjaya settle down dan selesa menguasai perlawanan hanya selepas mendapat gol penyamaan hasil daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol. Pada penghujung separuh masa pertama, Selangor di depan hasil dari penguasaan fizikal dan kepantasan Ronaldinho yang mudah melepasi Matthew Davies melalui satu hantaran jauh dari pemain pertahanan.

Game play Pahang lebih tersusun di separuh masa pertama permainan dengan barisan midfield di terajui Shah Amirul dan Helmi bermain secara short pass. Namun begitu barisan tengah Pahang tampak kurang kreatif dalam menjana serangan dan ini memaksa Pacheco terpaksa turun sedikit ke bawah untuk mengambil bola untuk membantu menjana bahagian serangan. Faizal Rani pula tampak semakin selesa di bahagian atas apabila beberapa kali beliau berjaya menjadi ball winner dan menjadi supplier yang baik kepada Pacheco.

Selangor di lihat lebih banyak menggunakan hantaran jauh melalui serangan balas sambil Andik dan Gopi sesekali melakukan serangan dari bahagian sayap. Hafiz Kamal diberi peranan sebagai Defensive Midfield sambil Nazmi Faiz mengambil tugas menjana serangan bersama Olivi.

FB_IMG_1456650815718

Separuh masa kedua:

Perlawanan tampak agak seimbang di separuh masa kedua. Pahang yang tertekan setelah ketinggalan menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan dan ini membuka peluang Selangor untuk melakukan serangan balas melalui hantaran Nazmi Faiz dan Hafiz Kamal yang mencari Ronaldinho. Olivi pula dengan work rate yang tinggi banyak memberikan tekanan buat barisan pertahanan Pahang.

Pahang mempunyai satu peluang yang hampir untuk gol penyamaan melalui satu rembatan cantik Mikey yang terkena palang. Keghairahan menyerang akhirnya membawa padah kepada pasukan Pahang apabila di hukum Selangor untuk gol ketiga. Gol ini jika di lihat adalah berpunca daripada satu serangan balas pantas yang dijanakan oleh Nazmi Faiz kepada Ronaldinho. Ronaldinho membuat larian solo menewaskan Zesh Rahman dan membuka ruang buat Gopi menjaringkan gol ketiga.

Pahang kemudiannya membawa masuk Volas bagi menggantikan Saarvindran. Pertukaran ini nyata tidak memberikan sebarang impak yang di kehendaki di bahagian serangan. Tiada gerakan atau percubaan menarik yang dapat beliau hasilkan dalam tempoh 10 minit terakhir permainan.

Selangor akhirnya memperlahankan rentak permainan dan membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Venod, Bunyamin dan Saiful Ridzuwan untuk mempertahankan kelebihan mereka.

Kesimpulan:

Nyata, Pahang tewas dengan kekuatan fizikal dan kepantasan pemain import Selangor, Ronaldinho yang sekali lagi menjadi duri dalam daging bagi pasukan Pahang.

Kebergantungan terhadap Pacheco juga merupakan masalah utama musim ini. Beliau di lihat terpaksa bekerja keras membantu barisan tengah dan ini mengakibatkan Faizal Mat Rani keseorangan di tengah apabila Pahang menyerang. Kelemahan dari segi sepakan sudut dan hantaran silang barisan sayap / pertahanan Pahang juga masih ketara. Kebanyakan hantaran-hantaran ini dengan mudah dapat di pintas oleh pertahanan dan penjaga gol pasukan lawan. Back four pasukan Pahang juga di lihat agak goyah apabila berdepan dengan barisan serangan lawan yang mempunyai kekuatan fizikal dan kepantasan. Pahang mungkin boleh mencuba saranan pertama kami sebelum ini [BACA : 3 pilihan buat Pahang FC menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016] apabila SaifulNizam kembali dari penggantungannya nanti.

Game play Pahang musim ini tampak positif dengan pemain lebih banyak membuat hantaran pendek dan bertukar-tukar hantaran di bahagian tengah. Satu perubahan yang menggembirakan penyokong tetapi dalam aspek bertahan, barisan tengah di lihat kurang memberi bantuan kepada barisan pertahanan dan ini memberikan lebih ruang kepada pasukan lawan melakukan hantaran kepada final third mereka.

Kekalahan pertama Pahang di laman sendiri ini perlu segera di perhalusi untuk membolehkan Pahang keluar dari kelompok bawahan Liga Super 2016. Semoga kelemahan-kelemahan ini dapat di atasi untuk membolehkan pasukan Pahang bangkit untuk mengutip 3 mata pertama Selasa ini apabila turun bertemu Terengganu.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top