Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [PREVIEW] Perlis vs Kuantan FA

[PREVIEW] Perlis vs Kuantan FA

Grafik dan Foto: FB Kuantan FA

Kuantan FA bakal bertemu Perlis dalam saingan ke-empat 100 Plus Liga Premier yang akan dilangsungkan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam esok. Berbekalkan antara 6 pasukan yang masih memiliki rekod tanpa kalah sebelum ini, ujian getir bakal menanti skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria apabila berhadapan dengan skuad kendalian Dollah Salleh yang nyata berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia.

Misi untuk memperbaiki kedudukan dalam liga pasti menjadi agenda utama perlawanan buat kedua-dua pasukan bagi merebut 5 slot terbaik untuk layak beraksi di pentas Piala Malaysia Julai nanti. Bagi skuad The Seagulls ini, kehilangan tonggak  utama iaitu Hazwan Fakhrullah pasti meninggalkan kesan di bahagian tengah tatkala tonggak import Srdjan Vidakovic masih dilanda kecederaan dan belum pasti diturunkan pada pertemuan ini. Namun begitu, tugas untuk merobek gawang bakal disandarkan kepada Dao Bakary yang setakat ini sudah meledak 5 gol dari 4 perlawanan termasuk 2 gol di Stadium Bandaraya pada saingan Piala FA lalu.

FB_IMG_1456649233439
Abdul Wafiy beraksi baik di bahagian tengah.

Selain Bakary, Malik Mat Arif dan Abdul Wafiy bakal memberi ancaman buat kubu Perlis nanti dan kedua-dua pemain ini sudah membuktikannya apabila menjadi watak penting dalam mengatur serangan skuad The Seagulls ini termasuklah mencipta nama sebagai penjaring pada perlawanan sebelum ini.

Buat pasukan Perlis pula, kekalahan pertama yang direkodkan pada aksi kedua liga ke atas UiTM di laman sendiri pasti mahu ditebus dan sandaran untuk merobek gawang pasukan pelawat akan disandarkan kepada Edward Junior Wilson dan Vincent Kayne yang sudah membuktikan kemampuan dengan mencipta jaringan buat pasukan. Benteng pertahanan pula bakal diperkuatkan dengan kehadiran 2 tonggak pertahanan iaitu Obinna Nwaneri dan Afif Amirudin yang turut menyertai senarai penjaring gol buat pasukan Perlis.

Pertembungan dua pasukan yang kini di kedudukan pertengahan liga pasti menarik untuk disaksikan dan kedua-dua pasukan pasti ingin terus memberi saingan buat 3 pasukan di kelompok teratas iaitu UiTM FC, Melaka United dan Kuala Lumpur. Kejayaan menundukkan skuad Harimau Kumbang pada pertemuan pusingan kedua Piala FA bakal dijadikan azimat buat pasukan Kuantan FA dalam misi membawa sekurang-kurangnya satu mata malam esok.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top