Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC gagal raih mata penuh di Darulmakmur

Pahang FC gagal raih mata penuh di Darulmakmur

Pahang FC masih gagal mencari kemenangan pertamanya untuk saingan Liga Super musim ini apabila tewas kali kedua berturut-turut kali ini dengan Selangor 1-3 dalam aksi di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Faizal Rani masih mendapat kepercayaan Shaharuddin apabila diturunkan sebagai penyerang tunggal dengan dibantu oleh German Pacheco manakala Shah Amirul diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama bagi menggantikan Salomon yang digantung perlawanan.

Pahang bermula garang dengan menyerang kubu Selangor pada minit-minit awal perlawanan dan mendapat dua peluang terbaik melalui Faisal Halim dan Pacheco tetapi gagal menemui sentuhan jaringan.

Faisal Halim walaubagaimanapun menceriakan penonton tuan rumah apabila menjaringkan gol buat Pahang pada minit ke 13 hasil dari sepakan percuma pantasnya kepada Pacheco yang kemudiannya merembat bola itu tetapi ditepis oleh Khairul Azhan. Faisal yang mendapat bola muntah tersebut menamfaatkan peluang dengan mudah memasukkan bola ke dalam gawang.

Selangor yang tersentak menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Ronaldinho yang menanfaatkan suasana kelam kabut di hadapan gol Pahang setelah pertahanan Pahang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Ronaldinho sekali lagi menjadi duri dalam daging Pahang apabila menjaringkan gol kedua sebelum tamat separuh masa pertama melalui gerakan solo yang mudah menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.

Bersambung babak kedua, Pahang cuba menyaingi Selangor yang semakin berkeyakinan tetapi sebaliknya Selangor manambah lagi derita Pahang apabila menjarakkan kedudukan kepada 3-1 melalui R Gopinathan setelah mendapat hantaran dari Ronaldinho.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang terperosok di tangga tercorot dengan hanya mengutip satu mata.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top