Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Seagull ikat UiTM di Shah Alam

Seagull ikat UiTM di Shah Alam

Foto : FB Kuantan FA

Kuantan FA mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim ini apabila berjaya mengikat pendahulu liga UiTM FC tanpa jaringan dalam aksi 100plus Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi.

Zulhamizan memilih tidak menurunkan Shahrul Aizad sebaliknya menggunakan Abdul Wafiy disebelah sayap kiri dengan Hazwan Fakhrullah kembali dari penggantungan  untuk bergandingan dengan Nakatake di bahagian tengah.

Bermula dengan baik, Kuantan FA menguasai permainan dalam 15 minit pertama sebelum UiTM mendapat rentak untuk kembali memberi saingan dengan percubaan terbaik permainan adalah melalui Dao Bakary yang menanduk bola dihadapan gawang Kuantan FA tetapi diselamatkan oleh penjaga gol UiTM FC Pavel Matiash.

Babak kedua bersambung, serangan Kuantan FA semakin rancak setelah Abdul Malik dimasukkan menggantikan Abdul Wafiy yang cedera tetapi masih gagal menemui sentuhan jaringan.

UiTM FC berpeluang menjaringkan gol apabila dianugerahkan sepakan penalti setelah Pavel Purishkin dijatuhkan di dalam kawasan penalti oleh Kamal Rodiarjat tetapi tendangan itu yang diambil sendiri oleh Purishkin diselamatkan oleh penjaga gol Kuantan FA, Zairi Hafiezi.

Kuantan FA terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Hazwan Fakhrullah dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari Mohd Afif Asyraf. Zulhamizan yang membantah pengadil kemudian diarahkan meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil Tiong Eng Tai.

Pada minit-minit akhir permainan, UiTM FC pula terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Syed Arif juga dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Dao Bakary.

Kedua-dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol sehingga wisel penamat ditiupkan dengan keputusan kekal seri tanpa jaringan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top