Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala Belia mulakan aksi Ahad ini, Piala Presiden pada Khamis

Piala Belia mulakan aksi Ahad ini, Piala Presiden pada Khamis

Bermula Ahad ini, Piala Belia yang dibarisi oleh pemain-pemain di bawah 19 tahun bakal bermula aksinya dengan Pahang akan turun sebagai tuan rumah menentang pasukan dari utara tanah air Pulau Pinang di Stadium Mini Majlis Daerah Pekan.

Dibimbing Fahim Kow Abdullah, yang merupakan pembantu Azaruddin Aziz semasa menjadi Ketua Jurulatih Piala Presiden pada musim lepas, Pahang akan berada di kumpulan A bersama 9 lagi pasukan manakala baki 10 lagi pasukan akan menghuni kumpulan B.

Bagi saingan pada musim ini, Piala Belia akan dijalankan secara liga dua pusingan untuk peringkat kumpulan dengan setiap pasukan bakal mengharungi 18 perlawanan untuk merebut empat tempat teratas setiap kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final yang dijalankan secara timbal balik.

Pahang menduduki tempat terakhir dalam kumpulan pada musim 2015 yang ketika itu di bimbing oleh bekas pemain pertahanan Pahang Shahrulnizam Sahat sekaligus gagal layak ke pusingan kalah mati.

Berikut adalah pembahagian kumpulan untuk Piala Belia 2016 :

IMG_20160225_162120

Untuk saingan Piala Presiden yang dibarisi pemain di bawah umur 21 tahun, Pahang menghuni kumpulan B dengan dibimbing oleh bekas Ketua Jurulatih Piala Belia 2015 iaitu Shahrulnizam Sahat.

Bagi perlawanan pertama yang akan bermula pada hari Khamis ini iaitu 3 Mac 2016,  Pahang akan melayan kunjungan Perak yang dibimbing oleh Sayuddin Mohd Isa di Padang Majlis Daerah Rompin di Muadzam Shah.

Seperti Piala Belia, format kejohanan Piala Presiden masih sama iaitu 20 pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dengan 4 pasukan teratas akan bertanding dalam format kalah mati bermula dari peringkat suku kahir, separuh akhir dan akhirnya perlawanan akhir.

Skuad Piala Presiden pada musim 2015 yang menduduki tempat keempat dalam  kumpulan berjaya ke peringkat kalah mati sebelum tewas kepada PDRM pada suku akhir dengan argregat 1-3.

Berikut adalah pembahagian kumpulan untuk Piala Presiden 2016 :

IMG_20160225_162340

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top