Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pahang vs Selangor

[PREVIEW] Pahang vs Selangor

Pahang bakal melayani kunjungan The Red Giants dalam aksi liga Sabtu ini di Stadium Darul Makmur. Perlawanan epic yang sarat dengan legasi dan tradisi sebelum ini bakal menguji prestasi sebenar pasukan Pahang. Persembahan dan corak permainan bakal teruji dalam pertemuan ini apabila Selangor merupakan sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan dibarisi dengan pemain-pemain yang berpengalaman serta mempunyai kualiti yang tersendiri.

Prestasi semasa: Terlalu awal untuk memberi gambaran mengenai pencapaian Pahang ketika ini. Keputusan seri, kalah dan menang pada 3 perlawanan terdahulu agak mengecewakan para penyokong, namun kemenangan yang berjaya dilakar baru-baru ini jelas menunjukkan skuad Tok Gajah mampu bersaing dalam liga Malaysia berbekalkan peralihan barisan para pemainnya. Kehadiran Faizal Mohd Rani dalam kesebelasan utama sedikit sebanyak memberi impak yang positif terutamanya pada jentera serangan. Aksi yang ditampilkan terutamanya dalam mencipta gerakan gol penyamaan oleh Pacheco ketika bertemu T Team wajar diberikan pujian dan dilihat bersedia untuk terus diturunkan Sabtu ini.

Faizal Rani
Khidmat Faizal Mat Rani ditagih untuk menggempur kubu Selangor. Foto: Fikri Amin

Pertemuan lalu: Rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan dalam saingan liga musim lalu berpihak kepada Pahang apabila berjaya menewaskan Selangor di Shah Alam 3-1 sebelum kedua-dua pasukan hanya terikat kedudukan 1-1 di Kuantan. Manakala pertemuan terakhir adalah pada Disember tahun lalu apabila menyaksikan Pahang tewas pada perlawanan separuh akhir kedua di Shah Alam dengan jaringan 0-2. Menyingkap semula pada aksi terakhir di Shah Alam lalu, Pahang bakal menurunkan hanya 2 pemain dalam kesebelasan utama nanti yang pernah bermain ketika perlawanan separuh akhir kedua lalu. Manakala bagi pasukan Selangor, dilihat mempunyai sedikit elemen keserasian apabila terdapat sekurang-kurangnya 6 pemain yang kekal (separuh akhir kedua) dan sedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Sabtu ini.

Kecederaan & penggantungan pemain: Saifulnizam Miswan dan Salomon Raj bakal terlepas aksi pertemuan ini akibat penggantungan. Manakala beberapa pemain Selangor seperti R Gopinanthan, Ahmad Hazwan Bakri, Robert Cornthwaite dan Fitri Shazwan mengalami kecederaan dan belum pasti diturunkan pada perlawanan ini.

Karakter tumpuan: Pemain tumpuan terarah kepada penyerang import baharu iaitu Patrick Ronaldinho yang sudah menjaringkan 2 gol dalam 3 penampilan domestik bersama Selangor. Karakter dan corak permainan pemain ini sudah terbukti menghadirkan ancaman kepada pasukan lawan sebaik beliau mula beraksi dalam Liga Malaysia sebelum ini.

Mouro Foto : Media FAS
Mauro Olivi Foto : Media FAS

Begitu juga dengan kehadiran penyerang import dari Argentina iaitu Mauro Olivi yang dilihat mempunyai high pressing ke arah pertahanan lawan. Jaringannya pada perlawanan  Piala AFC baru-baru ini dilihat mampu melonjak semangat beliau untuk terus menjaringkan lebih banyak gol. Peranan beliau sebagai feeder dan creating more pace of the game turut menghadirkan lebih banyak ancaman buat kubu Pahang nanti.

Karakter tumpuan bukan sahaja terarah kepada para pemain, tetapi juga kepada 2 penggendali pasukan masing-masing yang sebelum ini pernah bersama dengan pasukan Pahang. Ahmad Saharudin Rosdi dilihat lebih mengenali karakter bekas pemainnya seperti Hafiz Kamal dan R Gopinanthan selain mampu merencana strategi untuk menjerat perancangan taktikal Zainal Abidin Hassan nanti.

Kesimpulan: Kemenangan yang berjaya dilakar oleh skuad Tok Gajah Jumaat lalu diharap dapat dijadikan permulaan kepada momentum kemenangan seterusnya. Menyedari 3 mata pada pertemuan ini mampu melonjak pasukan kepada kedudukan terbaik, para pemain dituntut untuk mempamerkan persembahan terbaik berbanding 3 perlawanan sebelum ini seterusnya mencerahkan peluang untuk berada dalam kalangan 11 pasukan terbaik Liga Super.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

LINEUP111456278014763

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top