Anda di sini
Laman Utama > Berita > Shah tabik sikap tidak putus asa pemain

Shah tabik sikap tidak putus asa pemain

Tiada apa yang menggembirakan Ketua Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi apabila melihat sikap tidak putus asa pemainnya yang tidak jemu-jemu menggempur kubu TTeam  sehingga berjaya mencapai kemenangan sekaligus layak ke pusingan ketiga Superbest Power Piala FA di Stadium Darulmakmur pada Jumaat lapor Mezzo Fauzi

Mengakui bahawa gol awal TTeam hasil tendangan percuma Muhammad Sapawi pada minit ke 9 menyebabkan pemainnya hilang keyakinan dan konsentrasi tetapi oleh kerana sedar hanya kemenangan yang perlu dicapai pada malam itu para pemain telah berjaya mengatasi kelemahan tersebut.

“Apa yang kita rancang pada awalnya tak berjaya kita laksanakan disebabkan gol awal dari T Team yang merencatkan tahap keyakinan para pemain dan membuatkan mereka bertungkus lumus untuk kembali memberi saingan.

Berkat dari usaha mereka yang tidak putus asa, kita berjaya mendapat gol yang dicari-cari sebelum tamat separuh masa pertama dan seterusnya memenangi perlawanan walaupun memerlukan sehingga masa tambahan”.

Beliau juga memuji prestasi penyerang muda Mohd Faizal Mat Rani yang berjaya menjalankan tugasnya pada perlawanan ini sehingga berjaya mencipta peluang kepada Pacheco untuk menjaringkan gol penyamaan.

Faisal Fikri

“Faizal seorang pemain yang versatile dan ‘mobile’ jadi tiada masalah bagi dia kerana setelah hampir 2 bulan berlatih dia menunjukkan karekter dia sebagai seorang pemain yang bijak dan saya sangat berpuas hati dengan persembahannya.”

Pada malam tersebut, Faizal di beri kepercayaan oleh Coach Shah untuk bermula dalam kesebelasan utama dan mengenepikan pemain import Slovenia Dalibor Volas yang menunjukkan prestasi yang agak mengecewakan pada perlawanan sebelum ini.

Pahang menewaskan TTeam 2-1 dalam perlawanan tersebut dan akan menentang Sime Darby pada pusingan ketiga nanti dalam undian yang dilakukan semalam sejurus tamat baki perlawanan yang berlangsung pada Sabtu.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Shah tabik sikap tidak putus asa pemain

Leave a Reply

Top