Anda di sini
Laman Utama > Berita > Nasib berbeza 2 wakil Pahang

Nasib berbeza 2 wakil Pahang

Foto : FB Kuantan FA

Dua lagi wakil Pahang dalam saingan Superbest Power Piala FA 2016 berakhir dengan nasib yang berbeza setelah tamat perlawanan pusingan kedua yang berlangsung semalam.

Setelah Pahang FC mara ke pusingan ketiga pada Jumaat, Kuantan FA mara dengan penuh bergaya apabila menewaskan Pulau Pinang 4-2 manakala Shahzan Muda tewas pada ATM setelah kedua-dua perlawanan terpaksa beraksi sehingga masa tambahan malam tadi.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang yang masih segar dengan kemenangan ke atas Pahang FC nampak yakin untuk menewaskan satu lagi wakil dari Pahang iaitu Kuantan FA lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong sendiri.

Berakhir dengan tanpa jaringan pada babak pertama, Skuad Harimau Kumbang berjaya mendahului pada minit ke 80 melalui pemain import Argentina, Matias Cordoba menggamatkan penonton yang hadir ke stadium.

Seakan-akan permainan akan tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan dari Pulau Mutiara itu, sikap tidak putus asa pemain Kuantan FA mendapat pulangan berbaloi apabila Dao Bakary menjaringkan gol pernyamaan pada minit-minit akhir perlawanan sekaligus mengheret permainan ke masa tambahan.

Pulau Pinang bagaimanapun tersentak apabila Kuantan FA berjaya menambah dua jaringan pada masa tambahan melalui Shunsuke dan Malik masing-masing pada minit 105 dan 109 untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Walaupun Pulau Pinang cuba membalas dengan satu lagi gol jaringan Matias, tetapi Kuantan FA tetap utuh bertahan dan berjaya menambah jaringan melalui Dao Bakary menjadikan kedudukan akhir 4-2 dimenangi oleh Kuantan FA.

Nasib berbeza bagi Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur apabila terpaksa akur kepada pasukan ATM dalam satu lagi perlawanan Superbest Power Piala FA.

ATM yang bermula garang dan berjaya mendahului Shahzan Muda pada minit 39 melalui Tauffik Mat Radi sehingga tamat separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun, Shahzan berjaya memadam kelebihan itu hasil jaringan Razren Jasni untuk mengheret perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Faiz Ibrahim menjadi wira ATM apabila menjaringkan dua gol pada minit ke 98 dan 115 untuk menjadikan kedudukan 3-1 sebelum Baqiuddin Shamsuddin memperolehi gol saguhati pada minit-minit akhir perlawanan tetapi masih gagal untuk membantu Shahzan Muda layak ke pusingan seterusnya.

Keputusan lain :

Kelantan 1 – 0 UKM FC

Sungai Ara FC 0 – 2 Negeri Sembilan

Sabah 3 – 0 MOF FC

Kuala Lumpur 1 – 1 Melaka United (Kuala Lumpur layar melalui sepakan penalti 4-2)

Perak 3 – 1 Sarawak

Felda United 2 – 0 PB Ipoh

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top