Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC berpeluh sebelum mara ke pusingan ketiga

Pahang FC berpeluh sebelum mara ke pusingan ketiga

Pahang FC memerlukan 120 minit untuk menewaskan TTeam sebelum berjaya layak ke pusingan ketiga Superbest Power Piala FA dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darulmakmur semalam lapor Mezzo Fauzi

Ketua Jurulatih Pahang FC mengambil langkah merehatkan Dalibor Volas dengan memulakan Faisal Mat Rani di bahagian depan dengan mengekalkan barisan pemain lain yang sama ketika tewas pada Pulau Pinang pada Selasa.

TTeam sebelum itu mencemaskan penyokong tuan rumah apabila mendahului seawal minit ke 8 melalui tendangan percuma yang disempurnakan oleh Muhammad Sapawi yang menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.

TTeam sepatutnya menambah gol juga melalui sepakan percuma tetapi dibatalkan oleh pengadil Kamal Ahmad kerana tindakan susulan pemain TTeam didapati berada dalam kedudukan offside.

Babak kedua menyaksikan Pahang FC kembali mendapat rentak dan mula menguasai perlawanan sehingga berjaya memperolehi gol penyamaan melalui German Pachecho yang melakukan gerakan menarik bersama Faisal Rani untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Faisal Halim juga berjaya menemui sentuhan golnya apabila berjaya merembat bola menerjah jaring setelah mengelecek beberapa pemain TTeam pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi juga dibatalkan kerana ada pemain yang berada di kedudukan offside.

Dengan kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat 90 minit perlawanan menyebabkan pengadil terpaksa melanjutkan permainan ke masa tambahan untuk mencari pemenang.

Akhirnya, Dalibor Volas yang masuk menggantikan Faisal Mat Rani menjadi wira Pahang FC setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 117 dalam masa tambahan dan keputusan kekal sehingga tamat masa permainan.

Kemenangan ini manjadikan Pahang FC menjadi pasukan pertama layak ke pusingan ketiga dengan dua lagi wakil Pahang akan bermain pada mlm ini.

Undian pusingan ketiga akan dijalankan selepas sahaja tamat perlawanan pada malam ini yang akan disiarkan secara langsung di TV9 sejurus perlawanan Kuala Lumpur vs Melaka United.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top