Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW: PIALA FA] Pahang vs T TEAM

[PREVIEW: PIALA FA] Pahang vs T TEAM

Pahang bakal berhadapan sekali lagi dengan pasukan The Titans dalam tempoh kurang seminggu bagi aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur malam ini. Meskipun keputusan pada saingan liga tempoh hari tidak memihak skuad Tok Gajah, namun Pahang tidak mahu terus menyerah kalah dan pasti ingin memanfaatkan aksi di laman sendiri nanti.

Prestasi semasa: Aksi longlai ketika bertemu Pulau Pinang perlu segera dipulihkan dengan mengambil kira analisa dan petunjuk pada perlawanan itu. Beberapa kelemahan yang dikesan sepanjang 2 perlawanan awal perlu dijadikan panduan dalam merencana strategi dan taktikal bagi menjerat pasukan lawan dalam perlawanan peringkat kalah mati ini. Bagi pasukan T Team pula, kekalahan kepada JDT pada saingan liga baru-baru ini jelas tidak melemahkan motivasi para pemain sebaliknya mereka mampu bangkit dan mencipta kejutan di Kuantan nanti.

Perlawanan Sabtu lalu: Keputusan 2-2 tempoh hari bakal dijadikan penanda aras buat kedua-dua pasukan dalam merencana strategi dan taktikal untuk mencari satu slot pusingan ketiga. T Team dilihat bakal meneruskan formasi sebelum ini dan ingin meletakkan strength dibahagian tengah untuk menguasai perlawanan. Kekuatan Ahmad Takiyuddin dan Mohd Safawi di bahagian flank bakal menjadi taruhan untuk mengucar-kacirkan kubu pertahanan Pahang. Melihat kepada aksi tempoh hari terutamanya pada separuh masa kedua, T Team jelas melancarkan serangan melalui sayap kanan di mana memperlihatkan Dilshod dan Syuhiran banyak menggunakan hantaran jauh mencari  flank di sebelah kanan seterusnya menguji defending yang dikemudi oleh Faisal Rosli.

Pemain tumpuan: Pemain import terbaharu T Team bakal menjadi sandaran untuk memusnahkan impian Pahang untuk melakar kemenangan. Patrick Dos Santos yang mengantikan Tomislav Busic baru-baru ini sudah diturunkan ketika aksi bertemu JDT dan penampilannya dalam perlawanan malam ini pasti menjanjikan kelainan seterusnya menuntut barisan pertahanan untuk lebih peka dan terus konsisten dalam bertahan. Sentuhan ajaib German Pacheco pada aksi Sabtu lalu sekali lagi dituntut untuk mencipta jaringan dan kepakaran yang ada pada beliau sewajarnya dimanfaatkan oleh para pemain terutamanya ketika berhadapan dengan situasi bola mati.

Kesimpulan: Perlawanan malam ini sudah pasti menguji moral dan karakter para pemain apatah lagi mereka bakal melalui 3 perlawanan dalam tempoh kurang seminggu. Kemenangan yang bakal dilakar malam ini bukan sahaja merupakan kemenangan pertama musim ini malah ia turut membawa kepada pendedahan para pemain terutamanya barisan pemain muda dalam perlawanan yang kompetitif. Manakala kekalahan bakal mengakibatkan Pahang kehilangan sehingga 450 minit pendedahan competitive match seperti yang pernah direkodkan musim lalu. Apapun, harapan untuk mencipta keputusan positif bukanlah satu perkara yang mustahil dan semoga malam ini bakal dijadikan medan kebangkitan para pemain.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

IMG-20160219-WA0011

 

 

 

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top