Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jangan beri ruang kepada lawan – Zulhamizan

Jangan beri ruang kepada lawan – Zulhamizan

Ketua Jurulatih Kuantan FA mengingatkan pemainnya supaya tidak memberi ruang terutama di kawasan tengah kepada pasukan lawan Pulau Pinang ketika kedua-dua pasukan ini bertemu dalam pusingan kedua Superbest Power Piala FA 2016 yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya pada hari Sabtu lapor Aiman Dahalan.

Beliau melihat itu bakal menjadi ancaman kepada pasukannya selain daripada kehadiran ribuan penyokong Pulau Pinang yang dijangka memenuhi Stadium Bandaraya berdasarkan pemerhatiannya semasa pasukan Harimau Kubang itu menewaskan pasukan senegeri Pahang FC dalam aksi Liga Super pada hari Selasa lalu.

Mahukan pemain-pemainnya supaya percaya dan yakin pada diri sendiri serta tidak membantah keputusan pengadil yang boleh menjejaskan mood serta aksi mereka, Zulhamizan berharap momentum permainan seperti dua perlawanan Liga Premier akan dapat diteruskan.

“Kami sedar kesukaran yang bakal kami hadapi kerana kami bermain di Pulau Pinang dan dijangka berhadapan keadaan stadium yang penuh dan penonton bersemangat tinggi selepas menewaskan Pahang FC dengan jaringan besar.

Saya harapkan pemain saya mengikut arahan iaitu jangan memberi terlampau banyak ruang terutama dibahagian tengah kepada pasukan Pulau Pinang.

Kami dah jumpa formula untuk menewaskan mereka dan kami akan cuba menghukum mereka dari kelemahan yang sudah saya dan pihak kejurulatihan perhatikan semasa perlawanan dengan Pahang tempoh hari.

Bagi dua pemain kami iaitu seorang yang cedera dan seorang lagi digantung, saya sudah ada pengganti yang boleh memainkan peranan yang sama seperti saya mahukan dan itu bukan satu masalah utama”.

Kuantan FA juga bakal kehilangan dua tonggak utama iaitu pemain pemain import dari Croatia, Srdjan Virakovic yang mengalami kecederaan di betis dan juga Hazwan Fakrullah yang digantung perlawanan gara-gara menerima kad merah semasa perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan Jumaat lepas.

Perlawanan pusingan kedua Superbest Power Piala FA di antara Kuantan FA dan Pulau Pinang akan dilangsungkan di Stadium Bandaraya dengan Kuantan FA akan beraksi sebagai tuan rumah kerana Stadium Darulmakmur sudah digunakan oleh Pahang FC dan juga Shahzan Muda.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top