Anda di sini
Laman Utama > Admin > 4 sebab kenapa Pahang FC tidak boleh kalah lawan T Team FC

4 sebab kenapa Pahang FC tidak boleh kalah lawan T Team FC

Pahang tiada alasan untuk gagal ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA apabila melayan kunjungan T Team di DarulMakmur pada hari ini. Di saat moral pasukan sedikit tercalar selepas dimalukan Pulau Pinang, pemain dan pengurusan harus mengembalikan kepercayaan penyokong bahawa Pahang bukan sekadar pasukan pelengkap dalam kancah bola sepak Malaysia tahun ini. Berikut 4 sebab kenapa Pahang wajib menang perlawanan pusingan kedua Piala FA bertemu T Team FC:-

1. Pahang adalah pesaing kuat Piala FA

Sebagai Juara 2014 dan Semi Finalis 2015 dalam saingan Piala FA, jangkaan peminat Pahang pastinya tinggi musim ini. Pahang yang kini berwajah baru mesti berusaha membuktikan Pahang masih pasukan ulung bola sepak negara, kerana jika gagal di pusingan awal ini menentang ‘pendatang baru’ Liga Super, pastinya akan ada lagi pedas kritikan bakal diterima daripada penyokong.

2. Bertemu di perlawanan pembukaan Liga Super 2016

Jika ada yang mengatakan kegagalan meraih 3 mata dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2016 menentang T Team FC adalah disebabkan bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-30, Nah ! sekarang peluang untuk pemain dan jurulatih buktikan yang mereka mampu menang ! Selain itu, buktikan ‘homework’ sudah dilakukan untuk menghapuskan deretan kad merah dalam 2 perlawanan berturut-turut.

3. Transformasi bukan sekadar indah di atas kertas

Penjenamaan semula pasukan dengan 90% muka baru, ternyata nampak indah pada awalnya. Namun selepas dimalukan 4-1 di Stadium Bandaraya, pemain dan pengurusan dilihat baru tersedar dari lamunan bahawa Liga Super bukanlah ‘Liga Kampung’. Penyokong memahami lumrah bola sepak ada menang dan kalah, tetapi pasukan harus buktikan dengan semangat melawan dan permainan yang baik ketika menentang T Team FC nanti.

4. dnaPFC adalah DNA kemenangan

Walau apa pun nama, Pahang atau PFC, tiada istilah mengalah patut ada dalam DNA setiap pemain. Buktikan Pahang bukan pasukan belasahan. Selagi membawa panji Hitam dan Putih, selagi itulah pemain mesti berjuang sehabis baik demi lencana di dada. Jikalau gagal, DNA bakal berterusan menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Sememangnya setiap penyokong Pahang dambakan kemenangan Jumaat ini walau pedas mana pun makian dan kritikan mereka terhadap pasukan. Justeru itu, penyokong Pahang diseru terus penuhkan Stadium Darulmakmur bagi memberi sokongan padu buat pasukan kita walau di saat jatuh atau bangun. Buktikan anda seorang penyokong sejati !

“Kita Menang Sama-sama, Kita Kalah Sama-sama” – Tauke, Ola Bola 2016

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top