Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Pulau Pinang 4-1 Pahang

[REVIEW] Pulau Pinang 4-1 Pahang

Foto: FB Pahang FC

Pahang terpaksa menanggung kekalahan besar di Stadium Bandaraya pada aksi kedua Liga Super seterusnya merekodkan kekalahan besar yang kedua dalam tempoh kurang setahun.

Pahang bermula dengan mengekalkan formasi 4-4-2 dan barisan pemain seperti pada perlawanan pertama kecuali memasukkan Shahrizan Salleh bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Saiful Nizam yang menjalani penggantungan permainan. Manakala Pulau Pinang melakukan sedikit rombakan pemain apabila mengetepikan Mohd Jafri dan menampilkan Fitri Omar dalam kesebelasan utama sebagai pemain sayap. Fauzan Dzulkifli yang beraksi di bahagian sayap pada pertemuan pertama di Kuala Terengganu diberi peranan sebagai ‘back up striker’ sambil Faiz Subri berperanan sebagai ‘modern N0 9 striker’.

Settle down: 10 minit pertama yang merubah segalanya. Pahang ternyata lambat untuk settle down di awal permainan separuh masa pertama dan melihatkan pasukan lawan cepat selesa dengan tempo permainan hasil dari high pressuring dari bahagian defensive third yang dikemudi Azrul Ahmad. High pressuring ini seterusnya membawa kepada penguasaan di bahagian middle dan final third tuan rumah dan mengakibatkan skuad Tok Gajah perlu bekerja keras dalam menyerap asakan pasukan lawan. Serangan bertali arus ini menyaksikan 2 gol, 1 direct free kick dan 1 shots on target oleh Matias Cordoba terhasil dalam tempoh 10 minit pertama permainan.

Beberapa hantaran yang bermula dari defending area Pahang kerap dihalang oleh pasukan lawan mengakibatkan ball possession tidak memihak kepada Pahang dan build up play yang direncanakan mudah dipatahkan lawan seterusnya menceritakan keadaan perlawanan yang banyak  terarah kepada one way traffic. Peranan Fitri Omar yang diletakkan sebagai inverted winger terutamanya pada 40 minit pertama sebelum bertukar dengan Rafiuddin dilihat mampu menguasai wide area pasukan tuan rumah. Begitu juga peranan yang dimainkan Faiz Subri yang dilihat lebih mobile dan berjaya ‘menarik’ beberapa pertahanan Pahang untuk memberi lebih space kepada Rafiuddin dan Fitri Omar untuk melakukan larian ke hadapan. Posisi Azrul Ahmad sebagai DMF yang dilihat mampu untuk menceroboh final third tuan rumah menceritakan betapa penguasaan pasukan tuan rumah sukar dibendung seterusnya membekalkan lebih pilihan buat tuan rumah untuk menampilkan variasi build up dalam merencanakan serangan.

Manakala penampilan Pacheco dalam perlawanan ini lebih berperanan sebagai free role dan menyaksikan sekurang-kurangnya 4 kali beliau dilihat berada di belakang Salomon dan Helmi di bahagian tengah. Kurangnya composure dan build up play meletakkan statistik yang tidak memihak skuad Tok Gajah. Hanya 1 shot off target, 1 crossing dan tidak memperoleh sepakan penjuru menceritakan kesukaran jentera serangan pasukan pelawat sepanjang tempoh separuh masa pertama.

Separuh masa kedua:

Pulau Pinang dilihat bermula dengan formasi 4-1-4-1 dan meletakkan Azrul di DMF, Fitri Omar terus dominan di bahagian sayap kiri dan Faiz Subri berperanan sebagai penyerang tunggal. Formasi ini terus mengekalkan cengkaman tuan rumah di bahagian tengah dan menyulitkan possession dan build up pasukan Pahang.

Separuh masa kedua turut menyaksikan Pahang terus tertekan selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan keadaan ini menambahkan lagi penguasaan tuan rumah ke atas Pahang. Hasilnya, 2 gol berjaya ditambah oleh tuan rumah melalui sepakan percuma yang menarik oleh Faiz Subri dan satu gol menerusi counter attack yang pantas dan disudahkan dengan tandukan cantik pemain import terbaru Pulau Pinang yang mendapat hantaran silang yang tepat dari Fitri Omar. Gol ke 4 pasukan tuan rumah ini dilihat menarik dari segi pergerakan taktikal dan strategi apabila Faizat Ghazali berjaya ‘menarik’ perhatian pertahanan Pahang untuk menberikan keselesaan buat Osas untuk menanduk cantik menewaskan Nasril Nourdin.

Hantaran pendek yang cuba dilakukan Pahang seakan-akan mudah dipatahkan dan hanya 2 crossing berjaya disumbangkan sepanjang tempoh separuh masa kedua. Namun begitu, corak permainan Pahang sedikit berubah terutamanya pada lewat permainan yang menyaksikan 2 clear chances dan 1 jaringan berjaya dihasilkan oleh Rizua Shafiqi.

Kesimpulan:

Kekalahan besar ini perlu segera dianalisa dan satu pendekatan jangka pendek perlu diambil agar situasi ini tidak menjadi epidemik yang boleh menjejaskan peluang pasukan untuk terus kekal kompetitif dalam Liga Malaysia. Rombakan pemain dalam kesebelasan utama dan formasi perlu digarap untuk meletakkan kembali pasukan pada landasan yang tepat.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top