Anda di sini
Laman Utama > Berita > Volas gembira jaring gol pembukaan Liga Super 2016.

Volas gembira jaring gol pembukaan Liga Super 2016.

Dalibor Volas gembira setelah berjaya meletakkan nama sebagai penjaring pembukaan Liga Super pada musim ini. Beliau yang di temui selepas perlawanan menyatakan adalah menjadi lumrah bagi seorang penyerang merasa gembira apabila berjaya menjaringkan gol dalam satu-satu perlawanan tetapi apa yang lebih penting baginya adalah keupayaan barisan pemain-pemain Pahang FC menunjukkan karekter dan semangat melawan yang baik walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Saiful Nizam Miswan di layangkan kad merah pada minit ke 38.

Beliau juga turut memuji aksi pemain tengah yang baru di serapkan ke dalam pasukan Pahang, Muhamad Helmi Abdullah yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan berjaya menyerap tekanan walaupun Pahang FC beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas insiden kad merah itu.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top