Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pulau Pinang vs Pahang

[PREVIEW] Pulau Pinang vs Pahang

Selepas terpaksa berkongsi mata pada pertemuan liga Sabtu lalu, skuad Tok Gajah tekad untuk melakar kejutan di Stadium Bandaraya malam ini. Namun begitu, Pahang perlu lebih fokus dan berhati-hati apabila lawan yang bakal ditemui ini bukanlah calang-calang pasukan berbekalkan reputasi yang cemerlang musim lalu.

Prestasi semasa: Penampilan pertama Pahang yang berwajah baharu pada pertemuan Sabtu lalu dianggap baik meskipun keputusan tidak memihak kepada pasukan tuan rumah. Kesungguhan para pemain yang terus berjuang untuk mengelak kekalahan di laman sendiri wajar diberikan pujian dan diharap karakter ini berterusan.

Bagi skuad kendalian Jacksen F Tiago pula, meskipun tewas pada aksi pertama di Kuala Terengganu, pasukan ini dilihat mampu bangkit untuk melakar kemenangan pertama berbekalkan sokongan penyokong setianya.

Rekod pertemuan: Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada perlawanan peringkat kumpulan kejuaraan Piala Malaysia musim lalu dan menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata.

Pemain tumpuan: Muhamad Helmi Abdullah bakal dijadikan tumpuan dalam pertemuan malam ini. Penampilan pertama beliau bersama Pahang Sabtu lalu nyata berjaya menarik minat penonton dan dilihat mampu mengalas percaturan taktikal coach Shah. Tumpuan juga terarah kepada tenaga import Pahang iaitu German Pacheco yang turut memberi sumbangan besar pada pertemuan Sabtu lepas. Jaringan penyamaan beliau melalui sepakan percuma meletakkan pemain ini dalam kelas yang tersendiri.

Bagi skuad The Panthers pula, sandaran untuk merobek gawang bakal digalas oleh bekas pemain Harimau Muda B, Muhammad Jafri dan tonggak musim lalu Faiz Subri sambil dibantu oleh Mohd Azrul dan Matias Cordoba di bahagian tengah pasukan. Reinaldo Lobo turut menjadi tumpuan malam ini terutamanya kepada barisan serangan Tok Gajah yang dilihat agak sukar untuk berhadapan dengan pemain ini pada aksi sepanjang musim lalu.

Tugas berat menanti Pahang malam ini dan diharap para pemain terus positif dan mempamerkan ‘style of play’ mirip pada separuh masa pertama perlawanan tempoh hari.

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

IMG-20160216-WA0009

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top