Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [PREVIEW] Kuantan FA vs Sabah

[PREVIEW] Kuantan FA vs Sabah

Foto: FB Kuantan FA

Kuantan FA akan melayan kunjungan pasukan Sabah pada malam esok di Stadium Darul Makmur bagi meneruskan aksi kedua Liga Premier.

Berbekalkan keputusan positif dengan berjaya mengikat Negeri Sembilan tempoh hari sedikit sebanyak melonjak semangat skuad The Seagulls ini untuk melakar kemenangan pertama saingan liga.
Pasukan tuan rumah bakal memulakan perlawanan tanpa tonggak utama apabila Hazwan Fakhrullah digantung perlawanan selepas mengutip kad merah pada aksi sebelum ini.

FB_IMG_1455460121424

Skuad kendalian Zulhamizan Zakaria ini turut berdepan keresahan apabila tonggak import di bahagian tengah, Srdjan Vidakovic belum pasti diturunkan akibat mengalami kecederaan ketika bertemu Negeri Sembilan di Paroi.

Kekosongan posisi ini mungkin akan ditampung oleh Rafizi Zahari yang berjaya mempamerkan corak permainan yang baik selepas dimasukkan pada separuh masa kedua permainan lalu. Bagi pasukan Sabah pula, kekalahan kepada pasukan UiTM FC pada pertemuan pertama dahulu ternyata nekad untuk bangkit dari terus keciciran mata.
Keputusan musim lalu memperlihatkan keputusan yang seimbang apabila pasukan tuan rumah masing-masing berjaya merekodkan kemenangan di tempat sendiri. Sabah memenangi perlawanan di Kota Kinabalu dengan jaringan 2-0 manakala Kuantan melakar kemenangan dengan jaringan 3-1.

Pemain tumpuan dan nadi pasukan Kuantan terarah kepada penyerangnya iaitu Dao Bakary untuk mengulangi persembahan yang baik ketika di Paroi sambil dibantu oleh gandingan flank Hazwan dan Shahrul Aizad.

Kepakaran lontaran jarak jauh oleh Ljuba Baranin sekali lagi dituntut untuk mengancam kubu lawan. Sekurang-kurangnya 4 lontaran jarak jauh pada pertemuan Jumaat lalu dilihat mampu menghasilkan jaringan.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC)

IMG-20160214-WA0037

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top