Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Bakary gembira komitmen rakan sepasukan

Bakary gembira komitmen rakan sepasukan

Penyerang import Kuantan FA, Dao Bakary berasa gembira kerana jaringan penyamaannya pada minit ke 53 menyebabkan pasukannya berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan sulung 100plus Liga Premier menentang Negeri Sembilan di Paroi pada Jumaat lapor Mezzo Fauzi.

Beliau yang berhijrah ke Kuantan FA setelah semusim di UiTM FC menyifatkan sikap tidak putus asa rakan sepasukan menjadi kunci kemenangan pada malam tersebut.

“Perlawanan ini bukanlah mudah kerana kita ketinggalan pada separuh masa pertama tetapi kami tetap mencuba untuk menjaringkan gol dan akhirnya berjaya mengikat mereka.

Selalunya perlawanan pertama sangat penting dan kami bersyukur kerana tidak tewas pada hari ini dan ini memberi kami keyakinan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Saya sangat berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjuang dan menunjukkan sikap tak putus asa sehingga kami berjaya mengikat pasukan lawan”.

Dalam perlawanan itu, Kuantan FA berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan keputusan 1-1 hasil jaringan penyamaan Bakary melalui sepakan penalti setelah Mohd Wafiy dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Sebelum itu, Negeri Sembilan mendapat gol pendahuluan pada minit ke 33 hasil jaringan Andrew Nabbot.

Perlawanan seterusnya bagi Kuantan ialah menentang Sabah pada malam ini di tempat sendiri.

Foto : FB Kuantan FA

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top