Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Pahang 2-2 T Team

[REVIEW] Pahang 2-2 T Team

PicsArt_02-14-03.14.06

PFC membuktikan kehadiran mereka berbekalkan majoriti muka baharu dalam kancah kejuaraaan paling kompetitif di Malaysia adalah masih relevan dengan mencatatkan keputusan yang masih dianggap positif walaupun terpaksa berkongsi mata di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Formasi:
Bermula dengan mengekalkan formasi 4-4-2, tuan rumah menurunkan hanya 5 pemain yang pernah membarisi kesebelasan utama musim lalu dan majoritinya bertindak di jentera pertahanan dengan memperlihatkan Nasril diberi kepercayaan di benteng terakhir manakala Saiful Nizam di bahagian kiri, Zesh Rehman bergandingan dengan Nejc Potokar dan Matt Davies kekal dibahagian pertahanan kanan.
Bahagian sayap pula digalas oleh D Saarvindran yang selesa bergerak di sebelah kanan manakala Faisal Halim pula diletakkan di sebelah kiri. Enjin pasukan pula dikemudi oleh Salomon dan pemain yang baru menyertai kem latihan Pahang iaitu Mohd Helmi. Pacheco dan Volas pula bertindak di bahagian serangan dan memperlihatkan Pacheco diberi peranan sebagai ‘back up striker’.

T Team pula dilihat bermula dengan formasi 3-5-2, membariskan bekas pemain Harimau Muda B, Amirzafran bersama dua lagi pertahanan iaitu Maiga Abdoulava dan ketua pasukan Mohd Hasbullah. Manakala tugas untuk merobek gawang dipikul oleh 2 tenaga import iaitu Makan Konate dan Tomislav Busic yang turut dibantu oleh Ahmad Takiyuddin dan Mohd Sapawi di bahagian sayap.

PFC yang kelihatan meletakkan ‘early pressure’ dalam permainan berjaya untuk ‘settle down’ dalam 5 minit pertama perlawanan dan buktinya mereka berjaya mendapat sepakan percuma dan melancarkan beberapa hantaran silang untuk menguji barisan pertahanan lawan. ‘Build play’ dan ‘pressuring’ tuan rumah banyak digerakkan melalui gandingan ‘triangle’ Saarvindran-Davies-Helmi yang turut mendapat bantuan Pacheco yang dilihat kerap melakukan hantaran ‘switch play’ mencari Faisal untuk bermain lebih ‘wide’. Dengan Davies ditugaskan untuk lebih ‘offensive’ dan melihatkan Saifulnizam kekal di posisi bertahan dan hanya sesekali melakukan hantaran ‘deep’ mencari Volas.

‘Penetration’ di bahagian tengah oleh Salomon dan Helmi dilihat agak sukar kerana bahagian ‘circle’ dikuasai oleh T Team yang mempertaruhkan 5 pemain di tengah dan dibantu Konate dalam menguasai ‘defensive third’ pasukan. Keadaan ini memaksa PFC untuk terus positif bermain lebih ‘wide’ berbanding ‘narrow attacking’ bagi mencari lebih ruang kosong dalam mencari peluang untuk merobek gawang. Buktinya, 12 hantaran silang berjaya disumbangkan sepanjang perlawanan dan Davies direkodkan antara penyumbang utama kepada statistik ini.

Disiplin pertahanan PFC juga wajar diberikan pujian dalam menyerap asakan lebih-lebih lagi ketika situasi pasca layangan kad merah. Buktinya, hampir 20 ‘interception’ berjaya direkodkan dan peranan yang dimainkan Zesh dan Potokar di bahagian pertahanan merekodkan 9 kali ‘interception’ bagi mematahkan serangan pihak lawan. Begitu juga penglibatan Mohd Helmi yang dilihat mampu memberikan aksi yang terbaik apabila turut membantu mematahkan serangan lawan yang bermula di bahagian tengah dan peranan yang dimainkan beliau sebagai ‘ball winner’ terutamanya ketika penghasilan gol pertama oleh Volas sewajarnya boleh diberikan pujian. Beliau juga turut berjaya memikul peranan sebagai pertahanan kiri selepas ketiadaan Saiful Nizam dalam mengimbangi tempo menyerang lawan terutamanya di penghujung separuh masa pertama.

Serangan dan corak permainan T Team yang dilihat lebih ‘offensive’ (kelebihan 11 pemain) pada separuh masa kedua dengan memasukkan Dilshod nyata membuahkan hasil. Hantaran jauh beliau untuk bermain secara ‘wide’ melalui Ahmad Takiyuddin nyata banyak mendatangkan masalah terutamanya di bahagian sayap kiri PFC yang dikemudi pemain gantian Faisal Rosli.

IMG-20160214-WA0018

Peranan Pacheco selama 90 minit bagi aksi pertama sememangnya wajar diberikan pujian dan boleh diangkat sebagai permain terbaik perlawanan. Peranan yang beliau mainkan sebagai ‘mediator’ antara ‘middle men’ dan ‘attacker’ nyata banyak mendatangkan masalah buat pasukan lawan. Jaringan penyelamat di minit terakhir perlawanan melalui sepakan percuma layak dinobatkan di antara jaringan terbaik minggu ini apabila beliau memilih untuk melencongkan bola melalui sudut sukar daripada mencuba melepasi bahagian atas wall pasukan lawan.

Kesimpulan:
‘Style of play’ PFC ternyata berbeza dari corak tipikal sebelum ini. ‘High intensity play’ terutamanya sebelum minit ke 37 layak diberikan pujian. Aksi yang bertenaga oleh Mohd Helmi ternyata melegakan PFC yang sebelum ini buntu untuk mempertaruhkan pemain di bahagian tengah. Diharap aksi yang ditampilkan Volas akan terus meningkat dan jaringan beliau yang turut merupakan gol sulung Liga Super musim ini diharap mampu meningkatkan motivasi dalam memburu lebih banyak jaringan. Beliau juga turut membantu barisan pertahanan dan berjaya melakukan 1 ‘interception’ pada separuh masa kedua.

PFC bakal menerima satu lagu ujian dalam tempoh kurang seminggu apabila bakal berkunjung ke Pulau Pinang bagi meneruskan aksi kedua Liga Super Selasa ini dan selepas itu kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi bagi membuat perhitungan pusingan kedua Piala FA.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top