Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC gagal raih mata penuh di Darulmakmur

Pahang FC gagal raih mata penuh di Darulmakmur

Pahang FC gagal meraih mata penuh dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2016 apabila sekadar seri dengan T Team FC di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Ketua Jurulatih Pahang FC, Ahmad Shaharuddin Rosdi menggandingkan pemain yang baru menyertai pasukan Muhamad Helmi dengan Salomon Raj di bahagian tengah apabila gagal menurunkan Kogireswaran  yang statusnya masih menjadi tanda tanya.

Pahang yang bermula garang mendapat peluang seawal minit pertama tetapi tandukan pemain import Slovenia Dalibor Volas hanya melintasi pintu gol T Team FC.

Namun Volas membalas kepercayaan peminat dan pengurusan apabila menjaringkan gol pertama perlawanan yang juga gol pertama Liga Super musim ini setelah menghukum kesilapan pertahanan T Team untuk Pahang FC mendahului pada minit ke 19.

Pahang FC terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Saifulnizam dilayangkan kad merah kerana mengasari penyerang T Team pada minit 37 dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua T Team garang menyerang dengan Pahang FC lebih banyak bertahan kerana bermain dengan kekurangan seorang pemain.

Hasilnya padam minit ke 71, Muhammad Sapawi menjaringkan gol penyamaan apabila mudah merembat ke penjuru kanan gol setelah pertahanan Pahang FC gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

T Team kemudiannya mendahului apabila Izzaq Faris mudah menewaskan Nasril yang tersilap langkah untuk keluar lebih awal dari kawasan gol menjadikan kedudukan T Team mendahului dengan 2-1.

Seakan-akan kemenangan berpihak kepada T Team, German Pacheco menjadi wira Pahang FC apabila menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan percuma di hadapan kotak penalti T Team untuk menewaskan Wan Muhd Azraie.

Pahang akan berkunjung ke Pulau Pinang untuk perlawanan keduanya pada Selasa ini di Stadium Bandaraya.

Keputusan lain :

JDT I 1 – 1 Selangor

Perak 0 – 0 Kelantan

Terengganu 1 – 0 P.Pinang

Felda United 2 – 0 Kedah

PDRM 1 – 0 Sarawak

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top