Anda di sini
Laman Utama > Berita > Zeshan sedia pikul tanggungjawab

Zeshan sedia pikul tanggungjawab

Pemain import Pahang dari Pakistan, Zeshan Rehman menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan Pahang yang berwajah baru bagi menggantikan Razman Roslan yang memilih untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim ini lapor Mezzo Fauzi.

Beliau yang merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan pada musim ini akan terus berkhidmat bersama Pahang bagi musim ketiganya dan tidak berasa terlalu kekok apabila diberi tanggungjawab ini kerana pernah melakukannya semasa mewakili negaranya sebelum ini.

“Saya telah memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan tahun ini sepanjang tempoh pra musim termasuk semasa berkunjung ke Bangkok baru-baru ini.

Bagi saya ianya suatu penghormatan apabila diberikan tugas menjadi ketua pasukan untuk pasukan Pahang pada musim ini.

Tugas ini bukanlah suatu yang baru kerana saya sendiri pernah menjadi ketua pasukan untuk kelab semasa di England dan juga menjadi ketua pasukan untuk Pakistan sebelum ini.

Saya sedia menerima tanggungjawab ini dan akan mencurahkan segala pengalaman untuk membantu pasukan lebih-lebih lagi tahun ini Pahang FC banyak diwakili oleh pemain-pemain muda dan baru.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan atas kepercayaan ini dan saya berazam untuk membawa Pahang pergi lebih jauh pada musim ini”.

Pahang FC baru-baru ini mengumumkan Zesh telah dilantik menjadi ketua pasukan atas faktor pengalaman dan status beliau sebagai pemain senior dalam pasukan dengan dibantu oleh Saifulnizam Miswan sebagai penolong ketua pasukan.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top