Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW: LIGA SUPER] Pahang vs T TEAM

[PREVIEW: LIGA SUPER] Pahang vs T TEAM

Tirai aksi Liga Super 2016 akan dibuka secara rasmi Sabtu ini setelah berehat panjang. Persiapan kedua-dua pasukan yang telah diatur sepanjang tempoh pra-musim akan mula diuji Sabtu ini bagi menilai kemampuan pasukan yang telah melalui beberapa proses transformasi sebelum ini.

Keadaan perlawanan:
Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 12 April 2014 di mana Pahang berjaya meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan Matias Conti dan Azzamuddin Akil. Pahang turut berjaya melakar kemenangan pada pusingan pertama Liga Super musim 2014 dengan jumlah jaringan yang sama hasil jaringan Matias Conti dan Zesh Rehman.

Pahang ternyata perlu menggandakan usaha bagi mencari 3 mata berharga di tempat sendiri berbekalkan lebih 50% muka baharu dan hampir pasti mengekalkan 5 pemain lama dalam kesebelasan utama nanti. Sementara itu, pasukan T Team yang sudah melalui perlawanan kompetitif pada aksi play-off Liga Super tempoh hari dilihat mempunyai sedikit kelebihan berbekalkan kemenangan moral bertemu ATM.

Prestasi semasa:
7 aksi pra-musim yang dilalui Pahang walaupun keputusan diThailand agak tidak memuaskan, namun pengalaman dan pendedahan para pemain ketika aksi pra-musim di Bangkok sedikit sebanyak memberi ilham buat pengendali pasukan, Ahmad Saharudin Rosdi untuk menampilkan kesebelasan utama pasukan dengan menerapkan ‘style of play‘ Pahang yang baharu nanti.

Buat pasukan T Team, keputusan yang agak baik yang dicatakan sepanjang aksi pra-musim terutamanya ketika menundukkan PDRM serta berjaya mengikat pasukan Kelantan di Kota Bharu adalah petanda yang pasukan ini perlu diberikan tumpuan musim ini.

Pemain tumpuan:
Tumpuan pemain terarah kepada dua ‘attacking threat‘ Pahang iaitu German Pacheco dan Mohd Faisal Halim yang berjaya mempamerkan aksi yang bertenaga sepanjang aksi pra-musim. 7 gol yang dihasilkan sepanjang perlawanan pra-musim seolah-olah memberi amaran awal betapa pemain ini perlu diberikan perhatian sebagai peledak utama buat Tok Gajah. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Faisal Halim dalam mencipta peluang jaringan-jaringan pasukan Pahang yang banyak menggerakan serangan pasukan terutamanya di bahagian sayap kiri.

Buat skuad kendalian Rahmad Darmawan pula, tumpuan sudah pasti terarah kepada gandingan import iaitu Makan Konate dan Tomislav Busic. Makan Konate merupakan pemain yang paling banyak menjaringkan gol buat pasukan sepanjang aksi pra-musim manakala Busic turut mencatat nama selaku penjaring dalam aksi play-off baru-baru ini. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh tenaga tempatan iaitu Ahmad Takiyuddin yang turut menyumbang jaringan pada pertemuan play-off bertemu ATM.

Kecederaan pemain:
T Team terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat Rohit Chand yang mengalami kecederaan serius ketika aksi pra-musim yang lalu dan bakal digantikan dengan pemain import baharu. Manakala Fauzi Roslan, Amirul Kasmuri dan Nor Azam Azih menjadi 3 pemain yang akan terlepas peluang untuk membarisi pasukan pada perlawanan awal Liga Super.

Kesimpulan:
Peluang bagi kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan Pahang perlu berhati-hati dengan ancaman pasukan lawan yang mempunyai keupayaan untuk mencatatkan keputusan positif di Darul Makmur nanti. Rekod musim lalu yang menyaksikan Pahang terpaksa menunggu sehingga minit ke 149 untuk menemui sentuhan jaringan diharap tidak berulang sebaliknya mengharapkan ada jaringan dalam tempoh 90 minit pertama aksi Liga Super musim 2016 nanti. Meskipun dibarisi pemain muda dan kurang pengalaman, diharap para pemain ini mempunyai karakter ‘hungry for glory‘ yang sedikit sebanyak mampu memberi keseimbangan kepada kekurangan itu.

SEMOGA KEMENANGAN MILIK KITA!

Kesebelasan Utama (ramalan TGC):

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top