Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA ikat Negeri Sembilan di Paroi

Kuantan FA ikat Negeri Sembilan di Paroi

Kuantan FA memulakan musim 2016 dengan mencatat keputusan positif apabila berjaya mengikat Negeri Sembilan 1-1 dalam perlawanan sulung 100plus Liga Premier di Paroi sebentar tadi.

Bermula dengan formasi 4-5-1 dengan pemain import dari Ivory Coast, Dao Bakary diletakkan sebagai penyerang tunggal sambil dibantu oleh Wafiy sebagai backup striker.

Negeri Sembilan walaubagaimanapun mendahului pada minit 34 apabila Andrew Nabbout melepasi perangkap offside dan menewaskan penjaga gol Kuantan Mohd Zairi.

Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua Dao Bakary mendiamkan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah Wafiy dijatuhkan di dalam kotak penalti pada minit ke 54.

Permainan menjadi sedikit tegang apabila pengadil melayangkan dua kad merah masing-masing kepada Hazwan Fakhrullah (Kuantan FA) dan Mohd Hariri (Negeri Sembilan) kerana bergaduh sesama sendiri.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Kuantan FA lega berjaya mencuri satu mata di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Sabah di Darulmakmur Isnin nanti.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top