Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Kelompok Liga Super 2016: Di mana kedudukan PFC 2016?

Kelompok Liga Super 2016: Di mana kedudukan PFC 2016?

Dua belas pasukan bakal memulakan perhitungan Sabtu ini bagi merebut kejuaraan edisi yang ke 13 selepas melalui penjenamaan dan penstrukturan pada 2004.

Bagi pasukan Pahang, kejayaan menjadi juara sulung Liga Super bakal dijadikan pembakar semangat untuk menamatkan penantian hampir 12 tahun itu.

Tatkala ramalan untuk menjuarai liga terarah kepada pasukan elit yang lain seperti JDT, Terengganu dan Selangor, namun ada sesuatu yang mampu dibuktikan oleh Pahang walaupun berbekalkan reputasi yang tidak lah sehebat 2-3 tahun kebelakangan ini.

Mungkin ada logiknya ramalan yang meletakkan skuad Tok Gajah ini di kelompok bawahan liga. Kehilangan beberapa tonggak musim lalu, kurangnya pendedahan pemain terutamanya pemain muda dalam aksi kompetitif, aksi pra musim dan barisan pemain import yang masih belum menyerlah memungkinkan keputusan ini diambil kira.

Para pemain dan penyokong setianya diharap tidak mudah melatah dengan ramalan ini sebaliknya perlu menjadikan persepsi ini sebagai cabaran untuk menterbalikkan situasi awal ini.

Mungkin situasi yang berlaku ke atas liga di Eropah masa kini kurang relevan jika dibandingkan dengan situasi yang melanda di liga Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun, semangat dan motivasi beberapa pasukan yang kurang diberikan tumpuan sebelum ini mampu menggegarkan dunia dengan adunan ‘special packages’ pasukan masing-masing.

Leicester City (EPL), Hertha Berlin (Bundesliga) dan Heracles Almelo (Eredivisie) mungkin boleh dijadikan rujukan kepada situasi bola sepak yang melanda Eropah kini di mana ketiga-tiga pasukan ini mampu menjadi pencabar utama liga domestik masing-masing setakat ini.

Ada beberapa perkara yang boleh dicapai bagi meletakkan Pahang dalam kedudukan yang baik dalam kelompok liga iaitu sekurangnya-kurangnya berada dalam kelompok kedua terbaik yang mana berada antara kedudukan kelima hingga kelapan liga. Mungkin sasaran berada di kelompok ini agak realistik dan mampu dicapai berbekalkan senario pasukan ketika ini sambil mengharapkan Pahang mampu mencatat keputusan yang mengejutkan berada dalam kelompok 4 terbaik liga nanti.

‘Trend’ dan statistik 3 tahun kebelakangan ini menunjukkan pasukan yang berada di kelompok pertengahan liga mencatat antara 8 hingga 10 kali kemenangan dan 4 hingga 6 kali seri sambil merekodkan 28 hingga 36 mata. Sekiranya statistik ini diambil kira,  jelas Pahang perlu berkira-kira untuk melakar kemenangan dalam kiraan “range” ini dan harus memanfaatkan kelebihan 11 kali beraksi di gelanggang sendiri bagi merealisasikan sasaran tersebut.

Kesimpulannya, ramalan ini perlu dilihat dari sudut yang positif. Harapan agar barisan kejurulatihan dan para pemain perlu segera fokus dan mencipta ‘game plan’ bagi menghadapi 22 perlawanan liga nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top