Anda di sini
Laman Utama > Artikel > 3 pilihan buat Pahang FC menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016

3 pilihan buat Pahang FC menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016

1. Zesh Rehman bermain sebagai Defensive Midfield.FB_IMG_1454643398863
Permulaan musim ini, kita melihat Zesh di letakkan sebagai pemain pertahanan tengah bersama Potokar dalam kesemua aksi perlawanan persahabatan. Ini adalah sama seperti senario pada musim lepas sebelum ketibaan Matthew Davies. Selepas ketibaan Matthew, Zesh di tukar posisi untuk bermain di bahagian midfield bergandingan dengan Hafiz Kamal / Azam Azih. Melalui gandingan ini, Pahang memperoleh keputusan-keputusan yang positif terutamanya sepanjang bulan April yang merupakan bulan yang mempunyai jumlah perlawanan yang paling padat.

Mungkin Pahang FC boleh mencuba kembali formasi sebegini untuk musim ini dengan menyandarkan harapan kepada pengalaman dan keupayaan Zesh Rehman mengemudi barisan tengah . Buat masa ini, cabaran ini di galas oleh barisan pemain muda baru pasukan Pahang iaitu Kogi, Salamon, Shah Amirul dan Shafiqi.

Tugas pemain pertahanan tengah boleh di amanahkan kepada Poyeng manakala pertahanan kanan dan kiri boleh di mainkan oleh Matthew Davies dan Dinesh / Shahrizan.

2. Pacheco bermain sebagai Attacking Midfield / PlaymakerFB_IMG_1454643503507

German Pacheco muncul antara pemain import yang paling menyinar sepanjang aksi pra-musim tahun ini. Menjaringkan kesemua gol dalam aksi di Thailand, beliau juga mempunyai kualiti hantaran serta sepakan percuma yang baik. Kelebihan ini mungkin boleh di pergunakan dengan lebih efektif sekiranya beliau di letakkan sebagai pemain tengah menyerang dan diberikan peranan sebagai perancang utama serangan pasukan Pahang.

Beliau akan bermain bersama Zesh Rehman manakala Saarvindran dan Mikey boleh bermain di posisi kiri dan kanan midfield (Shafiqi dan Tocang sebagai alternatif). Dengan kepantasan dan kualiti hantaran yang di miliki Pacheco, kami percaya ia akan memberi sumbangan yang besar di bahagian tengah yang sebelum ini di sandarkan kepada gandingan dua pemain muda tempatan (Kogi/Salamon/Shafiqi/Shah Amirul).

3. Meletakkan pemain penyerang tempatan bergandingan bersama Volas.FB_IMG_1454644050575

Dengan menukar posisi Pacheco menjadi pemain tengah menyerang / playmaker, kekosongan yang di tinggalkan beliau akan di ganti oleh seorang striker tempatan. Cabaran ini mampu di galas oleh Shafie / Peja (Koji masih belum pulih dari kecederaan).

Selain dari memberi peluang kepada striker tempatan, gandingan ini di lihat mampu memberi lebih varisi kepada corak serangan pasukan Pahang dengan mengharapkan Volas bertindak sebagai D-Box striker sambil Shafie / Peja lebih berperanan sebagai second striker. Aksi Shafie / Peja ketika perlawanan pra-musim menentang Army United di Thailand adalah reference kami dalam rekomendasi ini.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

2 thoughts on “3 pilihan buat Pahang FC menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016

  1. Problem PFC dari season lepas sbb takde solid midfield esp. DM. Ada buat statisik tak berapa byk bolos masa hafiz kamal jadi DM compare dgn Zesh..Kena mantapkan tengah. Last year jgkla kita byk skali passing dari defend terus ke striker.

Leave a Reply

Top