Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Aksi Pra Musim: Antara keputusan perlawanan, kualiti dan keberhasilan?

Aksi Pra Musim: Antara keputusan perlawanan, kualiti dan keberhasilan?

Foto: FB Pahang FC

Menjelang aksi sulung pembuka tirai Liga Super 2016 yang berbaki kurang dari 10 hari jelas mencetuskan pelbagai retorik dari sudut yang berlainan dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah mengenai peluang pasukan Pahang musim ini.

3 kemenangan, 2 kali tewas dan satu keputusan seri yang dicatatkan sepanjang aksi pra-musim setakat ini banyak menghadirkan pelbagai reaksi yang positif mahupun negatif dari peminat. Namun begitu, objektif aksi pra-musim ini lebih terarah kepada penumpuan kepada pembentukan kembali skuad selepas menyaksikan perubahan yang mencapai 50% wajah baharu jelas menuntut kepada kualiti dan keberhasilan yang bakal atau telah dicapai sepanjang siri aksi pra-musim ini.

Ternyata, siri aksi pra -musim yang diatur terutamanya  membabitkan 3 perlawanan awal adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan (self-confidence) dalam kalangan para pemain. Manakala, 3 lagi siri perlawanan melalui siri jelajah Thailand lebih terarah kepada pengujian kompetitif pasukan melalui ramuan formasi, taktikal, ketahanan, disiplin dan pemilihan pemain untuk membarisi skuad utama.

FB_IMG_1454501435045

Kita perlu sedar, antara 27%-36% pemain yang membarisi kesebelasan utama melibatkan 3 aksi di Thailand adalah melibatkan pemain lama. Ini jelas menunjukkan keserasian adunan membabitkan pemain lama dan baru perlu dibentuk dalam siri aksi pra-musim yang kompetitif seperti ini.

FB_IMG_1454501425697

Keputusan perlawanan perlu dijadikan elemen kedua selepas menilai dimensi keberhasilan dari 3 perlawanan di Thailand baru-baru ini. Antara dimensi kualiti dan keberhasilan yang dimaksudkan antaranya adalah formasi yang direncanakan, “demand of the game-attacking or defensive”, pengujian taktikal disiplin para pemain, ketahanan para pemain untuk kekal beraksi selama 90 minit, posisi pemain dan yang paling penting dari aspek keserasian antara pemain.

Elemen-elemen dari simulasi yang dimaksudkan ini sewajarnya dianalisa dan dijadikan rujukan bagi memantapkan persediaan pasukan dalam mengharungi “atmosphere” permainan sebenar nanti. Justeru, penulis berharap agar satu lagi perlawanan pra-musim yang kompetitif perlu diatur untuk menguji keberhasilan yang dicapai sepanjang 6 aksi perlawanan sebelum ini.

Secara kesimpulannya, keputusan bagi 6 aksi pra-musim ini perlu dilihat melalui sudut pandang yang berbeza dan apa jua bentuk keputusan samada positif atau negatif, bukanlah penentu utama kepada hala tuju pasukan untuk musim ini.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top