Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Review] Pahang catat keputusan positif

[Review] Pahang catat keputusan positif

Skuad Tok Gajah melakar kemenangan kedua pada siri perlawanan pra musim apabila menewaskan pasukan dari Liga Perdana, DRB-HICOM 3-1 di Stadium Darul Makmur semalam. Turun dengan menampilkan kesemua pemain import, Pahang dilihat garang mengasak ke kubu lawan melalui gandingan ‘strike force’ yang dikemudi oleh Pacheco dan Faisal Halim. Gandingan ini dilihat semakin serasi sehingga mencetuskan ‘wow factor’ dalam kalangan penyokong yang hadir bagi menilai wajah dan corak permainan baharu yang ditampilkan oleh Pahang musim ini.

Kesebelasan utama pada separuh masa pertama memperlihatkan Nasril Nourdin diberi tanggungjawab sebagai penjaga gawang sambil bekas pemain Piala Presiden musim lalu, Ridhwan Maidin diletakkan di bahagian pertahanan kanan. Karakter beliau ketika bertahan dilihat memuaskan namun dari sudut ‘offensive play’ terutamanya dalam membantu sayap kanan pasukan perlu diperbaiki agar peranan yang dimainkan dibahagian sayap dapat dipelbagaikan menerusi percaturan taktikal pasukan.

Sementara itu, 2 tenaga import iaitu Nejc Potokar dan Zesh Rehman bergandingan di bahagian pertahanan tengah sambil bahagian kiri dikemudi oleh R. Dinesh. Barisan tengah pula dikemudi oleh gandingan Salomon Raj dan Rizua Shafiqi manakala bahagian sayap meletakkan D. Saarvindran bergerak di sebelah kanan dan Faisal Halim di bahagian kiri. German Pacheco dan Dalibor Volas pula bertindak sebagai penyerang dan menyaksikan Pacheco lebih berperanan sebagai ‘back-up striker’ dan dilihat kerap mengucar-kacirkan barisan pertahanan pasukan lawan.

Pacheco ternyata layak diberikan pujian pada perlawanan ini dengan aksi kawalan bola dan hantaran yang baik bagi membuka permainan mencari ruang kosong yang ditinggalkan barisan pertahanan lawan. Beliau juga turut memainkan peranan dalam menghasilkan 2 jaringan Pahang iaitu melalui sepakan sudut yang disudahkan oleh Potokar dan hantaran jauh beliau mencari Faisal Halim dan disudahkan oleh R. Kogileswaran pada separuh masa kedua. Beliau juga mempunyai ‘work rate’ yang tinggi dan dilihat banyak menguasai ‘possession’ terutamanya di bahagian ‘middle’ dan ‘attacking third’ Pahang.

Shah Amirul meraikan jaringan
Shah Amirul meraikan jaringannya.

Penampilan Shah Amirul pada separuh masa kedua permainan yang menggantikan Rizua Shafiqi turut mencuri tumpuan dengan kawalan yang baik di bahagian tengah dan kerap melakukan hantaran yang berkualiti ke arah bahagian sayap pasukan. Beliau yang turut menjaringkan gol kedua Pahang melalui rembatan jarak jauh sewajarnya diberikan pujian kerana mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mencipta sesuatu bagi menukar tempo permainan tatkala jentera tengah buntu mencipta sesuatu. Namun begitu, peranan beliau ketika pasukan berada pada situasi ‘defensive’ mungkin belum diuji sepenuhnya dan penulis berharap beliau mampu membantu ‘defensive third’ pasukan apabila berhadapan dengan corak permainan lawan yang lebih ‘offensive’ nanti.

Selain itu, nadi pasukan Pahang turut diperkuatkan oleh Faisal Halim yang layak diangkat sebagai ‘Man of the Match’ pada perlawanan ini. Larian yang pantas serta kawalan bola yang baik terutamanya di bahagian kiri serangan Pahang jelas berjaya mencuri tumpuan penonton sambil mampu beraksi baik sepanjang 90 minit permainan. Beliau yang turut menjadi watak penting dalam penghasilan gol ketiga Pahang dilihat mempunyai kemahiran individu dalam memperdaya beberapa pemain pertahanan lawan.

Dalibor Volas
Dalibor Volas

Dalam membicarakan perkembangan positif pasukan, penampilan penyerang import baharu Tok Gajah, Dalibor Volas sedikit sebanyak mengundang keresahan dalam kalangan penyokong setia Pahang. Aksi yang ditampilkan sepanjang 90 minit permainan belum mampu mencuri tumpuan penonton. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan faktor untuk tidak terus membuat kesimpulan mengenai aksi pertama beliau bersama Pahang. Keserasian antara pemain, suasana permainan di Malaysia dan kurang cergas untuk beraksi mungkin faktor yang menghalang beliau untuk menampilkan aksi yang memuaskan. Kehadiran beliau di Kuantan dalam tempoh kurang seminggu mungkin sedikit mengganggu momentum kecergasan dan diharap beliau akan segera menyesuaikan diri terutamanya dengan rakan sepasukan dan kembali mencapai tahap kecergasan yang diperlukan nanti. Peranan beliau sebagai ‘neutral centre forward’ perlu mendapat sokongan dari bahagian tengah dan sayap pasukan agar peranan yang dimainkan beliau sebagi ‘finisher’ mampu direalisasikan nanti.

Secara kesimpulannya, terdapat perubahan menerusi corak permainan yang lebih kepada ‘free flowing attacking’ dan ‘wide-play’ yang didokong oleh barisan baharu pasukan. Namun begitu, corak permainan seperti ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan diharap perlawanan demi perlawanan mampu mematangkan para pemain dalam mencipta identiti baharu (‘style of play’) permainan Pahang nanti.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top