Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC tewaskan DRB Hicom dalam aksi pemanas badan kedua.

Pahang FC tewaskan DRB Hicom dalam aksi pemanas badan kedua.

Skuad serba muda Pahang berjaya mendapat kejayaan kedua mereka dalam siri pra musim 2016 apabila menewaskan pasukan dari Liga Perdana 3-1 di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Merupakan perlawanan kedua sebelum bertolak ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan pemanas badan seterusnya, Ahmad Shaharuddin Rosdi kelihatan mencuba beberapa pemain untuk menyesuaikan gandingan baru termasuk menyenaraikan pemain import keempat Pahang FC, Dalibor Volas yang baru tiba minggu lalu.

Pahang FC bagaimanapun tersentak dengan jaringan pelawat terlebih dahulu pada minit ke 32 yang memanfaatkan keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Pahang.

Namun, Pahang FC berjaya membalas jaringan dengan tandukan pemain import pertahanan dari Slovenia, Nejc Potokar setelah mendapat hantaran dari sepakan sudut German Pacheco. Kedudukan permainan kekal terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Pahang melakukan beberapa pertukaran pemain dan cuba membuat beberapa serangan melalui kedua-dua belah sayap dengan menggunakan hantaran pendek.

Pahang mendahului 2-1 melalui Shah Amirul setelah  rembatan yang kemudiannya terkena kaki pertahanan DRB Hicom menerjah jaring menewaskan penjaga gol pelawat.

Kogileswaran menambah gol menjadikan kedudukan 3-1 setelah mendapat hantaran cantik dari Faisal Halim yang sebelum itu berjaya memperdayakan 2 pemain pertahanan DRB Hicom.

Pahang akan meneruskan sesi pra musimnya di Thailand dan akan melalui beberapa siri perlawanan persahabatan  dengan pasukan ternama di sana hujung minggu ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

2 thoughts on “Pahang FC tewaskan DRB Hicom dalam aksi pemanas badan kedua.

Leave a Reply

Top