Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Wajah Baharu, Adrenalin Baharu.

Wajah Baharu, Adrenalin Baharu.

Tirai aksi kejuaraan liga Malaysia semakin hampir dibuka dan setiap pasukan yang bertanding sudah pasti berada dalam keadaan yang sungguh sibuk dalam menghadapi musim yang semakin mencabar ini.

Manakan tidak, kejuaraan kompetitif diperingkat liga hanya akan berakhir sekitar bulan Oktober sambil buat pertama kali dalam era baharu bola sepak Malaysia menyaksikan pentas Piala Malaysia dibuka ketika saingan liga masih berlangsung. Ini ternyata menuntut setiap pasukan untuk terus kekal positif bagi menghasilkan momentum untuk menghadapi 3 kejohanan domestik secara serentak.
Bagi pasukan Pahang,aturan langkah yang diambil sejak Disember lalu menyaksikan perubahan pasukan dalam mencipta satu dimensi baharu untuk kekal kompetitif dan mampan dalam tempoh jangka masa panjang. Inovasi dalam pasukan perlu bagi mencipta kejayaan yang baharu lebih-lebih lagi apabila pasukan telah berada pada kemuncak prestasinya. Transformasi pasukan serta barisan kejurulatihan dilihat mampu untuk mencetuskan adrenalin baharu dalam corak permainan, kepelbagaian taktikal dan strategi baharu yang bakal digalas oleh barisan para pemain musim ini.
Namun begitu perubahan skuad yang menampilkan 50% muka baharu sudah pasti mengundang risiko dan diharap risiko ini mampu dikawal dengan bijak oleh pihak pengurusan pasukan dalam mencipta kejayaan pada masa akan datang. Masih terlalu awal untuk memberi gambaran mengenai barisan serba baharu termasuklah rangkaian 3 pemain import yang diperkenalkan awal bulan ini. Namun begitu ‘strike force’ pasukan sudah pasti disandarkan kepada rangkaian yang disifatkan ‘newly attacking threat’ Tok Gajah iaitu Volas-Pacheco-Faisal Halim.
Barisan pertahanan pula melihatkan Saiful Nizam Miswan bakal menemui gandingan baharu bersama seorang lagi pemain import, Nejc Potokar yang turut berpengalaman beraksi di kejohanan utama di Eropah. Manakala satu-satunya pemain import yang dikekalkan iaitu Zesh Rehman bakal mengemudi di barisan tengah seperti musim lalu. Beliau yang merupakan antara pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam kesebelasan utama dengan mencatat rekod beraksi melebihi 4000 minit sepanjang musim lepas dilihat mampu untuk membimbing barisan pemain-pemain muda musim ini.
Secara kesimpulannya, penampilan serba baharu skuad Tok Gajah bagi menghadapi kempen kejuaraan musim ini dilihat signifikan namun turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat setianya. Apapun, transformasi telah dilaksanakan dan kita harus melihat kehadapan bagi mencipta kejuaraan yang baharu walaupun perjalanan itu mungkin berliku.
Sasaran untuk bergelar pasukan yang kompetitif amat relevan ketika ini apabila menyaksikan rekod penampilan pasukan sejak 3 tahun kebelakangan ini adalah baik. 39, 40 dan 46 perlawanan sepanjang 3 tahun ini sudah cukup menceritakan perjalanan pasukan Pahang dalam mencipta gelaran antara pasukan elit di Malaysia.

Foto kredit : FB Pahang FC

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “Wajah Baharu, Adrenalin Baharu.

Leave a Reply

Top