Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Intipati Taklimat Liga Malaysia 2016

Intipati Taklimat Liga Malaysia 2016

Taklimat Pasukan Liga Super dan Liga Perdana 2016
7-8 Januari 2016
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

 Format Kejohanan

  1. Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan diadakan 13 Feb 2016 antara Juara Liga Super, JDT menetang Juara Piala Malaysia, Selangor.
  2. Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan menguruskan pertandingan (Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia) mulai tahun ini.
  3. Liga akan bermula Februari 2016 dan akan tamat pada bulan Oktober 2016.
  4. Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan.
  5. Perpindahan pemain dibuat dua tempoh
    • Tempoh pertama : November 2015-Februari 2016
    • Tempoh kedua : Jun 2016 hingga Julai 2016
  6. Semua pasukan perlu menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP kerana selepas Partnership Agreement ditandatangani, bermakna anda adalah FMLLP & berkuasa untuk mengubah jadual, peraturan dan lain-lain.
  7. Setiap pasukan bertanding adalah ahli Kongres Liga. Perubahan yang ingin dilakukan mestilah dibincangkan di peringkat Kongres Liga.
  8. Tindakan disiplin dan tatatertib masih kekal di bawah FAM, termasuk status dan kontrak pemain.
  9. Pasukan Liga Super akan menerima RM1 juta & pasukan Liga Perdana menerima RM500k. Jumlah ini tetap namun begitu akan ada lagi penambahan.
  10. FMLLP akan bertanggungjawab menguruskan hak & peraturan komersil, penyiaran liga & juga operasi liga hari ke hari.
  11. Unit Pertandingan FMLLP kini sudah mula melakukan pemeriksaan venue-venue perlawanan tahun ini.

Disiplin dan tatatertib

  1. Kes-kes Tatatertib dibawa ke Jawatnkuasa Tatatertib berdasarkan laporan yang diterima.
  2. Jika keputusan pengadil perlu diubah, harus dipastikan kesalahan itu serius & jelas. Contohnya kesilapan melayangkan kad.
  3. Jika pasukan ingin membangkang laporan Komisioner Perlawanan adalah tidak tepat, pasukan perlu kemukakan bukti (Contoh: video, gambar).
  4. Pasukan tuan rumah bertangunggjawab ke atas kesalahan penyokong yang berlaku semasa perlawanan.
  5. 8 vs PDRMPenggantungan :
    • 3 kad kuning – penggantungan 1 perlawanan.
    • Straight red – penggantungan 1 perlawanan automatik – penambahan bergantung keputusan tatatertib.
  6. Pemain yang menerima Kad Merah (terus atau tidak terus) pada perlawanan terakhir  Liga atau Kalah Mati, hendaklah membawa ke hadapan hukuman ke atas kesalahan Kad Merah berkuatkuasa pada perlawanan pertama samaada perlawanan yang sama atau pertandingan berlainan.
  7. Vanishing spray akan digunakan nanti tetapi masih dalam peringkat perbincangan.
  8. Jabatan Pengadil FAM memiliki Facebook Group ‘FAM On The Field’ untuk pengadil & penilai pengadil untuk bertukar pandangan & menilai kesilapan.
  9. Nama-nama pemain yang digantung kerana rasuah akan diedarkan kepada semua pasukan agar pasukan tidak menandatangani pemain-pemain ini.
  10. Merokok di bangku simpanan termasuk vape adalah di larang.

Perubatan & Keselamatan

  1. AEDSetiap pasukan wajib memiliki Automated External Defibrillator (AED). Perlawanan tidak akan dimula jika tiada AED. AED digunakan untuk merawat sudden cardiac arrest (SCA). SCA ialah kondisi dimana jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba.
  2. Setiap pasukan mesti ada Doktor pasukan tersendiri.
  3. Satu ambulans Kelas A yang boleh melakukan pembedahan kecil mesti ada semasa perlawanan berlangsung.
  4. Perlawanan tidak akan diteruskan jika AED dan Ambulans tidak disediakan.
  5. Drone tidak dibenarkan di mana-mana perlawanan. Drone dikira sebagai ancaman baru yang perlu diberi perhatian serius jika dilihat semasa perlawanan berlangsung.BurrardLucas_Drone_2783693a

Media & Pemasaran

  1. Semua pasukan harus melantik Pegawai Media. Peranan Pegawai Media penting untuk semua pasukan.
  2. Pasukan perlu memiliki laman web & laman media sosial – mesti dikemaskini. Ini adalah medium untuk mendekati penyokong & tujuan pemasaran.Social-Media-Logos-Group
  3. Media Sosial rasmi pasukan mesti memuat naik info yang jelas, tidak mengelirukan dan tepat.
  4. Paling penting elakkan provokasi dalam status media sosial masing-masing.
  5. Akan dimulakan dari peringkat pasukan. Pegawai Media disarankan untuk memantau media sosial pemain.
  6. Pegawai Media disarankan untuk menasihatkan pemain tentang penggunaan media sosial masing-masing. Ini kerana pemain mesti sentiasa ingat mereka adalah ‘role model’ dan apa yang di muat naik boleh dilihat oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
  7. Pemain mesti menjaga sikap di media sosial kerana mereka adalah wajah pasukan. Imej pasukan, liga, penaja dan pemain sendiri perlu dijaga.
  8. Pemain tidak dibenarkan memuatnaik gambar minum alkohol, merokok, berbogel atau memandu kerana ia adalah satu kesalahan.
  9. Terdapat 42 buah papan iklan (P-board 1×6):
    • 30 untuk penaja pertandingan
    • 12 untuk penaja pasukan.
  10. LED BoardBagi Iklan di LED Board, pembahagian 90 minit adalah :
    • 64 minit penaja pertandingan
    • 26 minit penaja pasukan.
  11. FMLLP merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti untuk mendekatkan Liga dengan peminat. Antaranya :
    • Jelajah Piala
    • Karnival
    • Majalah berbentuk Komik
    • Skrin kedua
  12. Akan ada perlawanan All-Star : Utara lawan Selatan. Pemain yang dipilih akan diundi oleh peminat. Perlawanan dijangka akan berlangsung pada 28 Mei 2016.

Pertandingan

  1. Pasukan Wajib Mendaftar Pegawai Pasukan seperti berikut :
    • Pengurus Pasukan
    • Penolong Pengurus Pasukan
    • Doktor
    • Pegawai Keselamatan
    • Pegawai Media
  2. Pasukan Negeri hendaklah mendaftar maksimum 30 atau minimum 20 pemain termasuk 3 penjaga gol & maksimum 4 pemain asing.
  3. Pasukan Kelab hendaklah mendaftar maksimum 30 atau minimum 20 pemain termasuk 3 penjaga gol & maksimum 4 pemain asing & minima 5 pemain B21.
  4. FMLLP tidak membenarkan pemain lebih umur untuk bermain dalam Piala Belia atau Piala Presiden.
  5. Tiada had pemain yang boleh didaftarkan untuk bermain dalam satu-satu perlawanan.
  6. Pemain B21 yang didaftarkan di dalam pasukan Liga Super/Premier dibenarkan bermain dalam Piala Presiden (tiada had).
  7. Pemain B19 yang didaftarkan di dalam pasukan Liga Super/Premier dibenarkan bermain dalam Piala Presiden dan Piala Belia (tiada had)
  8. FMLLP tidak meletakkan salary cap atau had perbelanjaan setakat ini.
  9. 4 Pahang vs Lions XIILagu Negeri TIDAK AKAN lagi dimainkan bagi perlawanan Liga Super dan Liga Permier musim 2016, termasuk perarakan bendera Negeri. FIFA Anthem dan Negaraku akan tetap dimainkan. Keputusan ini dibuat kerana tidak mahu mengambil masa yang lama untuk kick-off.
  10. Pahang FC dan Kuantan FA akan berkongsi venue iaitu Stadium Darulmakmur.
  11. stadium-feldaVenue tuan rumah bagi Felda United ialah Stadium Tun Razak di Jengka (rumput tiruan).
  12. Piala Malaysia 2016 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, pada bulan Julai 2016.
  13. Kelayakan Piala Malaysia 2016 :
    • 11 Teratas Liga Super
    • 5 Teratas Liga Premier
      (Kedudukan Liga selepas Perlawanan Minggu 11)
  14. Sepak Mula Liga Malaysia musim 2016 :
    • Liga Super – 13 Februari 2016
      *termasuk Piala Sultan Haji Ahmad Shah
    • Liga Perdana – 12 Februari 2016
    • Piala FA (Pusingan Kedua) – 19 & 20 Februari 2016
    • Piala Malaysia – 12 & 13 Julai 2016

**tertakluk pada perubahan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Intipati Taklimat Liga Malaysia 2016

Leave a Reply

Top