Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Pra Musim 2016 : Kuantan FA bermula cemerlang

Pra Musim 2016 : Kuantan FA bermula cemerlang

Kuantan FA memulakan sesi Pra Musim mereka untuk tahun ini dengan cemerlang apabila mencatat satu kemenangan dan satu seri dalam siri jelajah mereka menentang pasukan dari Lembah Klang pada hari Sabtu dan Ahad.

Perlawanan pertama Kuantan FA pada hari Sabtu di padang PULAPOL ialah menentang PDRM yang dibimbing oleh Mohd Fauzi Pilus dan diperkuatkan oleh bekas pemain Lions XII Safwan Baharuddin dan bekas pemain import JDT Andrezinho.

Ketua Jurulatih, Zulhamizan Zakaria menurunkan keempat-empat pemain importnya dalam perlawanan ini bagi menguji keserasian dengan pemain tempatan dan beliau juga membentuk dua kumpulan pemain kerana perlu melalui dua perlawanan dalam masa dua hari berturut-turut.

Gol jaringan Srdjan Vidakovic dan Dao Backary pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat dengan Andrezinho menjaringkan gol saguhati pada 10 minit terakhir perlawanan.

Menentang pasukan UiTM FC pada hari Ahad, Zulhamizan menurunkan pasukan kedua pada babak pertama dengan dibarisi 100% pemain tempatan yang mana perlawanan diadakan di atas Padang berumput tiruan di Kampus UiTM Shah Alam.

Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 dengan gol-gol Kuantan FA dijaringkan oleh Hazwan Fakhrullah dan Rafizi Zahari.

Zulhamizan yang ditemui selepas perlawanan menentang UiTM FC nyata kembira dengan prestasi anak buahnya yang menunjukkan prestasi yang semakin baik termasuk pemain import.

“Saya berpuas hati dengan permainan pemain-pemain saya untuk dua perlawanan setakat ini.

Apa yang paling penting kerana mereka merealisasikan apa yang telah dirancang dan lakukan semasa dalam padang latihan.

Bagi pemain-pemain import pula mereka telah melakukan tugas dengan baik serta menjalinkan kombinasi baik dengan pemain tempatan dan ini saya harap dapat diteruskan sehingga perlawanan Liga Perdana bermula nanti.”

Kuantan FA akan mengadakan satu lagi perlawanan dengan DRB-HICOM FC pada petang ini di Pusat Latihan Agrobank, Bangi sebelum pulang kembali ke Kuantan selepas itu.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top