Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala FA : Laluan sukar untuk semua wakil Pahang

Piala FA : Laluan sukar untuk semua wakil Pahang

Kesemua wakil Pahang yang bertanding dalam Piala FA pada musim ini bakal melalui tugas sukar setelah undian perlawanan pusingan kedua Superbest Power Piala FA 2016 yang berlangsung di Hotel Grand Wave Shah Alam pada hari Sabtu lalu.

Pasti perit ialah pasukan Pahang FC yang diundi menentang pasukan berstatus kelab dari Terengganu, TTeam yang bakal diperkuatkan oleh 2 pemain import dari Mali dan pemain kebangsaan Nepal, Rohit Chand di Stadium Darulmakmur.

Undia FA #2
Pengurus Selangor, YB Amiruddin mencabut kertas Pahang semasa sesi undian Piala FA 2016

Pahang FC yang kini dibimbing oleh Ahmad Shaharuddin Rosdi dijangka tidak akan mengalami tugas mudah setelah mengalami penghijrahan pemain-pemain utama ke pasukan lain pada musim ini.

Bagi pasukan Kuantan FA pula mereka akan menentang Naib Juara Liga Perdana 2015 dari utara iaitu Pulau Pinang yang masih lagi dibimbing Jacksen F. Tiago setelah mendapat kepercayaan pihak pengurusan Pulau Pinang.

Pasukan bimbingan Zulhamizan Zakaria yang nyaris tersingkir dari Liga Perdana musim lepas dilihat bakal berhadapan tugas sukar berikutan Pulau Pinang kelihatan seperti melakukan persedian lebih rapi bagi menghadapi Liga Super pada tahun ini.

Satu lagi kelab dari Pahang, Shahzan Muda yang sepatutnya menempuh pusingan pertama pula mendapat bye dan diundi menentang pasukan yang baru sahaja diturunkan pangkat ATM juga di Stadium Darulmakmur.

Undia FA #3
Antara wakil-wakil pasukan bertanding yang hadir semasa undian Piala FA 2016

ATM yang serba misteri pada tahun ini dikhabarnya hanya bakal diwakili oleh pemain-pemain dari anggota tentera sendiri berikutan ketiadaan bajet untuk membentuk pasukan mantap pada tahun ini.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA akan diadakan pada 19 dan 20 Februari 2016 dengan setiap pasukan tidak akan mengetahui lawan masing-masing pada pusingan ketiga kerana sesi undian yang lain akan diadakan setelah selesai perlawanan pusingan kedua.

Bermula pada tahun ini Piala FA akan dikenali dengan SUPERBEST POWER PIALA FA 2016 beikutan tajaan dari syarikat minuman kesihatan itu selama dua tahun bermula pada tahun ini.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top