Anda di sini
Laman Utama > Berita > 4 tonggak Pahang pilih Selangor

4 tonggak Pahang pilih Selangor

4 tonggak Pahang telah telah sah untuk berhijrah pada musim hadapan apabila mereka memilih Pasukan Juara Piala Malaysia 2015, Selangor bagi destinasi mereka seterusnya.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari pada sidang media di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), mengesahkan telah mendapatkan khidmat pemain tersebut untuk memantapkan lagi pasukan Selangor dalam mengharungi Liga Malaysia 2016.

Pemain tersebut ialah penjaga gol Khairul Azhan Khalid, Pemain tengah Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan serta pertahanan yang juga ketua pasukan Pahang musim ini Razman Roslan.

Pengumuman ini mengesahkan khabar angin penghijrahan mereka setelah sebelum ini Pahang dikejutkan dengan pemergian beberapa lagi pemain termasuk pemain kebangsaan yang berasal dari Kuala Lipis, Mohd Azammuddin Akil ke JDT.

Keempat-empat pemain ini merupakan nadi utama Pahang pada 3 musim terakhir ini sehingga membantu Pahang memenangi 4 piala pada tahun 2013 dan 2014.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top