Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang mendominasi pencalonan Anugerah Bolasepak Negara 2015

Pahang mendominasi pencalonan Anugerah Bolasepak Negara 2015

5 pemain Pahang termasuk Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan dicalonkan dalam 7 kategori Anugerah Bolasepak  Negara 2015 yang akan berlangsung pada Jumaat ini, 18 Disember 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya.

Pemain tersebut ialah Khairul Azhan untuk kategori Penjaga gol Terbaik, Razman Roslan (Pemain Pertahanan Terbaik), Hafiz Kamal (Pemain Tengah Terbaik), Matthew Davies (Pemain Muda Terbaik) dan Dickson Nakaeme (Pemain Import Terbaik).

Bagi Zainal Abidin Hassan pula, beliau telah di calonkan dalam kategori Jurulatih Terbaik.

Untuk rekod, pencalonan Razman ini adalah untuk kali ketiga berturut-turut manakala kali kedua bagi Zainal, Azhan dan Hafiz dan kali pertama untuk Matthew Davies.

Pencalonan Dickson Nwakaeme pula adalah untuk kali kedua tetapi untuk pasukan yang berbeza iaitu Pahang (2015) dan Kelantan (2012).

anugerah-bola-sepak-kebangsaan-2014

Pada musim 2014, Pahang membolot 5 Anugerah iaitu Persatuan Bolasepak Terbaik, Penjaga gol Terbaik (Khairul Azhan), Pemain Pertahanan Terbaik (Razman Roslan), Jurulatih Terbaik (Zainal Abidin Hasan) dan Anugerah MVP (Khairul Azhan).

Berikut adalah senarai penuh pencalonan :

Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2015

Penjaga Gol Terbaik
1. Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)
2. Khairul Azhan (Pahang)
3. Khairul Fahmi (Kelantan)

Pertahanan Terbaik
1. Shukor Adan (Felda United)
2. Razman Roslan (Pahang)
3. Aidil Zafuan (Johor Darul Ta’zim)

Pemain Tengah Terbaik
1. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
2. Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)
3. Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang Terbaik
1. Safee Sali (Johor Darul Ta’zim)
2. Hazwan Bakri (Selangor)
3. Amri Yahyah (Johor Darul Ta’zim)

Pemain Import Terbaik
1. Dickson Nwakaeme (Pahang)
2. Luciano Figueroa (Johor Darul Ta’zim)
3. Ali Ashfaq (PDRM)

Pemain Muda Terbaik
1. Matthew Davies (Pahang)
2. Farhan Roslan (Kedah)
3. Nazmi Faiz (Selangor)

Jurulatih Terbaik
1. Mario Gomez (Johor Darul Ta’zim)
2. Tan Cheng Hoe (Kedah)
3. Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Penjaring Terbanyak Liga Super – Dramane Traore (PDRM)
Penjaring Terbanyak Liga Premier – Forkey Doe (NS Matrix)

Anugerah Lain:
Anugerah Fair Play
Pasukan Bola Sepak Terbaik
Kelab Penyokong Terbaik
Pemain Bola Sepak Wanita Terbaik
Anugerah Khas
Anugerah Khas Wanita

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top