Anda di sini
Laman Utama > Berita > Ahmad Shaharuddin jadi pilihan Pahang FC

Ahmad Shaharuddin jadi pilihan Pahang FC

Penolong Jurulatih Pahang musim 2015, Ahmad Shaharuddin Rosdi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pahang yang baru untuk saingan musim 2016 menurut kenyataan terbaru Pahang FC yang diumumkan di laman Facebook sebentar tadi.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Shah oleh rakan dan pemain menghentikan spekulasi tentang jawatan panas itu setelah Ketua Jurulatih pada musim ini, Zainal Abidin Hassan dikhabarkan untuk berhijrah ke Selangor oleh media tempatan.

Pengumuman itu nyata mengejutkan kerana beliau bukanlah individu yang menjadi sebutan oleh penyokong-penyokong tokgajah dalam laman-laman sosial yang mengaitkan jurulatih-jurulatih lain seperti Datuk Ong Kim Swee dan  Fandi Ahmad.

17 Pahang vs Lions XII
Ahmad Shaharuddin Rosdi ketika menjadi pembantu Zainal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hassan pemilihan Shah sebagai Ketua Jurulatih adalah kerana pelan pembangunan pasukan yang telah dibentuk untuk masa hadapan.

“Pemilihan Coach Shah berdasarkan atas pelan pembangunan dan suntikan DNA baru dalam corak permainan masa depan.

Seakan menjadi tradisi untuk memberi peluang kepada penolong jurulatih dinaikkan pangkat menjadi jurulatih. Bermula dari Dollah Salleh ke Zainal Abidin kini kepada Shah pula.

Kepercayaan, pengikhtirafan dan peluang kepada jurulatih dalam sistem Pahang itu sendiri dan Coach Shah juga anak kelahiran Pahang.”

Beliau yang mula berkhidmat dengan Pahang sebagai jurulatih telah menjadi pembantu kepada tiga Ketua Jurulatih sebelum ini iaitu Dollah Salleh (2010-2013), Ronald Smith (2014) dan juga Zainal Abidin Hassan (2014-2015).

Bersama mereka, Shah menjulang 4 Piala dalam Liga Malaysia termasuk berjaya membawa Pahang ke pentas asia dalam Piala AFC pada musim ini sehingga ke peringkat suku akhir.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top