Anda di sini
Laman Utama > Berita > JDT atau Pahang diundi dalam kumpulan H Piala AFC

JDT atau Pahang diundi dalam kumpulan H Piala AFC

JDT atau Pahang bakal menghuni kumpulan H dalam saingan Piala AFC 2016 setelah sesi pengundian kumpulan untuk  Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC untuk musim hadapan yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya petang semalam.

Proses undian dilakukan oleh Ketua Pengarah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil.

Kelab lain yang menghuni kumpulan H ialah Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myammar).

AFC Cup Draw 2016

Pahang bagaimanapun perlu menunggu JDT selesai menghadapi sesi perlawanan play-off untuk ke ACL bagi menentukan sama ada layak atau tidak ke Piala AFC.

JDT bakal menghadapi dua perlawanan play-off untuk layak ke Liga Juara-Juara Asia iaitu menentang kelab dari Thailand Muangthong United pada 2 Februari di tempat lawan dan jika menang mereka perlu menewaskan satu lagi kelab dari China iaitu Shanghai SIPG juga di tempat lawan sebelum layak untuk menghuni kumpulan G ACL.

Skuad Tokgajah gagal mendapat slot automatik ke Piala AFC musim hadapan setelah jatuh ke kedudukan tempat ketiga gara-gara dipotong 6 mata dalam Liga Super oleh FIFA kerana tidak menjelaskan gaji oleh pemain importnya sebelum ini Mohammed Borji.

Slot itu diisi oleh finalist Piala Malaysia 2015, Selangor yang naik ke tangga kedua selepas mendahului Pahang dengan 1 mata.

Selangor diundi dalam kumpulan E bersama kelab Singapura Tampines Rovers atau Warriors FC, Ceres La Salle FC (Filipina) dan Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi Club Ltd. (Bangladesh).

Piala AFC akan bermula secara rasmi pada 23 dan 24 Februari 2016.

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top