Anda di sini
Laman Utama > Artikel > 46 perlawanan, cerita 2015!

46 perlawanan, cerita 2015!

Dua gol tanpa balas, itu keputusan yang mungkin secara kebetulan buat pasukan Pahang memulakan dan menamatkan kempen untuk musim 2015 ini. Meskipun tewas dengan jaringan sama ke atas JDT dan Selangor pada aksi pembukaan dan penutup musim ini, pencapaian bagi musim 2015 masih boleh dibanggakan.

Walaupun terpaksa menelan pahit untuk tidak mempertahankan sebarang kejuaraan musim lalu, semangat yang ditunjukkan oleh para pemain serta komitmen pihak pengurusan wajar diberikan pujian. 46 perlawanan yang dilalui musim ini berbanding 40 perlawanan musim lalu ternyata menguji ketahanan fizikal dan mental para pemain ditambah lagi dengan kecederaan beberapa pemain utama dipertengahan musim sudah cukup menghadirkan tekanan buat pasukan.

wp-1449826366071.jpeg

Di sebalik situasi kritikal ini, pasukan Tok Gajah masih mampu memberi saingan yang positif samada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Pencapaian menjadi naib juara liga super (sebelum ditolak mata) merupakan satu pencapaian yang positif dengan menyaksikan Pahang mampu mengumpul 44 mata selepas 22 perlawanan berbanding 37 mata bagi musim 2014.

MSL15 Part I-01

Jumlah jaringan juga meningkat dari 36 gol kepada 43 gol di mana ia juga merupakan antara pasukan yang paling banyak mencipta jaringan dalam saingan liga super sekaligus membuktikan strike force Tok Gajah mempunyai bisanya yang tersendiri.

wp-1449826387235.jpeg

Pencapaian pada pentas kejuaraan AFC musim ini dianggap positif dengan menyaksikan Pahang menang dan kalah sebanyak 3 kali dan seri sebanyak 2 kali seterusnya memperbaiki pencapaian tahun 2007. Kesempatan untuk meneruskan aksi sehingga ke peringkat suku akhir wajar dijadikan suntikan semangat buat pasukan pada musim mendatang bagi memperbaiki pencapaian ketika ini.

Bagi saingan kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia pula, pencapaian mara ke peringkat separuh akhir dianggap satu keputusan yang masih boleh dibanggakan meskipun gagal untuk mempertahankannya. Keputusan ini setidak-tidaknya membuktikan skuad Tok Gajah masih menjadi antara pencabar terkuat dalam saingan kompetitif domestik sejak kebelakangan ini.

Selain itu, Pahang terpaksa mengharungi cabaran yang kuat musim ini apabila berhadapan dengan jadual yang padat terutamanya sekitar bulan April yang lalu (liga super, Piala FA dan Piala AFC). Berbekalkan dengan saiz skuad yang sedia ada, Pahang ternyata berjaya mengharunginya dengan mencatatkan 5 kemenangan dari 7 perlawanan sepanjang April. Satu pencapaian yang ternyata di luar dugaan dan komitmen para pemain ketika itu sewajarnya perlu diangkat sebagai kejayaan paling manis musim ini.

Akhir kalam, pengakhiran cerita 2015 ini meskipun tanpa menjulang sebarang kejuaraan perlu dilihat dari sudut pandang yang berbeza. Menjadi juara dalam mana-mana pertandingan merupakan bonus buat pasukan namun para pemain perlu sedar betapa ‘proses’ untuk mencapai kejuaraan itu pasti menjadi pengalaman dan pengajaran yang cukup berguna untuk mereka dalam mengharungi musim seterusnya.

Ayuh tok Gajahku! Jadikanlah proses ini sebagai “learning experience” ke arah sustainability Pahang untuk musim akan datang.

#ada masanya kita menang dan ada masanya kita belajar!

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top