Anda di sini
Laman Utama > Berita > Bukan malam Pahang!

Bukan malam Pahang!

Pahang gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenanginya selama 2 tahun berturut-turut apabila tewas di tangan Selangor dalam perlawanan yang penuh mendebarkan di Stadium Shah sebentar tadi.

Bermula dengan sedikit perubahan taktikal, Zainal bermula dengan Suren dan tidak memasukkan Razman dalam kesebelasan utama. Aziz kembali dari penggantungan untuk mengisi posisi bek kiri pengetepikan Shahrizan Salleh yang beraksi di Kuantan sebelum ini.

Selangor bermula garang seawal minit pertama ketika pasukan Pahang masih lagi mencari-cari rentak permainan dan hasilnya berjaya mendahului pada minit ke 11 hasil rembatan Guilme de Paula.

Pahang yang sedar ketinggalan mencari gol pernyamaan tetapi gagal walaupn mendapat deretan peluang menerusi Hafiz Kamal dan Dickson Nwakaeme.
Bermula babak kedua, Selangor terus mencari gol tambahan manakala Pahang masih mencuba melakui rangkaian penyerang importnya Nwakaeme-Conti.

Selangor akhirnya menceria ribuan penyokongnya apabila memperolehi gol kedua menerusi Nazmi Faiz yang merembat dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Azhan.

Pahang yang semakin cemas terus menyerang tapi Selangor gagah bertahan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan Md Amirul Izwan Yaacob.

Dengan kemenangan 2-0 secara argregat, Selangor bakal beraksi di perlawanan akhir menentang Kedah yang menewaskan Felda United dengan argregat 4-3.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 12 Disember di Stadium Shah Alam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top