Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jangan sia-siakan peluang – Zainal

Jangan sia-siakan peluang – Zainal

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin mereka akan menempah perlawanan Akhir Piala Malaysia ketiga berturut-turut jika anak buahnya berjaya mengekalkan disiplin seperti di Kuantan dan tidak mensia-siakan peluang yang ada semasa perlawanan separuh akhir kedua menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Beliau akui tindakan penyudah adalah masalah utama kerana sudah memperolehi deretan peluang dan bermain baik sebagai satu pasukan pada Rabu lalu.

“Saya mahu mereka mencipta peluang-peluang yang sama seperti semasa perlawanan pertama di Kuantan tetapi dengan tindakan penyudah yang berkesan.

Ini kerana semasa di Kuantan pemain-pemain saya dah buat yang terbaik cuma penyudahan yang tidak berkesan itu sahaja.

Semestinya bermain di tempat sendiri dan di hadapan sokongan padu penonton sendiri, Selangor saya akan jangkakan bermain secara offensive di mana mereka akan sentiasa menyerang pasukan Pahang.

Tetapi kami sudah bersedia dengan barisan pertahanan kami yang bermain baik sebelum ini dan juga cara untuk berhadapan taktikal serangan balas mereka seperti semasa perlawanan di Kuantan”.

Zainal juga akan melakukan sedikit pertukaran pemain berbanding perlawanan di Kuantan kerana penyesuaian taktikal dan juga melihat kepada kecergasan pemain.

“Saya menyeru penyokong Pahang untuk hadir ke stadium malam ini bagi memberi sokongan kepada kami kerana sokongan andalah pembakar semangat para pemain.

Para pemain juga nampak bersatu dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan malam ini dan mereka juga  juga sendiri tahu nikmat dan kepuasaan bermain dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dan juga ingin mengubat luka gagal ke perlawanan akhir Piala FA lalu apabila tewas dengan Kelantan.”

Pada perlawanan pertama di Kuantan pada hari Rabu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dan pemenang perlawanan akan bertemu samaada Kedah atau Felda United yang akan bertarung dalam satu lagi separuh akhir.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada hari Sabtu, 12 Disember 2015 di Stadium Shah Alam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top