Anda di sini
Laman Utama > Berita > Zainal puji tahap disiplin pemain

Zainal puji tahap disiplin pemain

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan nyata berpuas hati dengan tahap permainan anak buahnya walaupun hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Menganggap tiada nasib di pihaknya setelah menguasai hampir keseluruhan perlawanan, beliau menuntut para pemain mengekalkan disiplin mereka untuk menghadapi lawan yang sama di tempat lawan Ahad ini.

“Malam ini pemain-pemain saya menjalankan tugas dengan baik hampir di semua bahagian dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi tetapi malangnya peluang keemasan yang diperolehi tidak dijelmakan kepada gol dan ini yang kami perlu lakukan selepas ini iaitu menajamkan barisan serangan.

Memang satu tugas yang berat bermain di Shah Alam tetapi ia bukan perkara yang mustahil dan Pahang pernah melakukannya (menang di Shah Alam) dan Insya Allah saya yakin mereka boleh melakukannya.

Apa yang penting mereka perlu menggandakan disiplin mereka dan mencari gol awal kerana bermain di tempat lawan bukan satu tugas yang mudah selepas ini.”

Dalam perlawanan malam tadi, Pahang dan Selangor buntu mencipta jaringan untuk menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pahang bakal menanti tugas berat menghadapi Selangor di Stadium Shah Alam pada hari Ahad ini.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang, Felda United dan Kedah juga seri dengan keputusan 2-2.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top