Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA pilih pemain Jepun untuk kuota Asia

Kuantan FA pilih pemain Jepun untuk kuota Asia

Takesigning-500x667Kuantan FA berjaya mendapatkan khidmat seorang pemain Jepun, Shunsuke Nakatake bagi mengisi kuota pemain import Asianya bagi menghadapi saingan Liga Perdana pada musim 2016.

Nakatake yang berusia 25 tahun telah menandatangi kontrak selama setahun bagi menggantikan pemain import dari Korea, Lee Kwang-hyun yang tidak disambung khidmatnya oleh pihak pengurusan.

Bermain di posisi tengah, beliau bermula di pasukan Universiti Kanagawa dan dilantik menjadi sebagai ketua pasukan untuk pasukan itu dalam Liga antara Universiti di Jepun.

Mencuba nasib di Singapura pada tahun 2013, beliau gagal mendapat tempat di mana-mana pasukan dalam Liga S berikutan liga sudah bermula.

Tidak berputus asa untuk mengembangkan bakatnya, Nakatake sangup bermain dengan sebuah kelab amatur di Liga Kebangsaan Singapura (NFL) iaitu Eunos Cresent FC sebelum kemudiannya di terima untuk menyertai Hougang United dalam Liga-S pada tahun 2014.

Pada tahun tersebut semasa bermain di Hougang United beliau membuat 33 penampilan dengan menjaringkan 1 gol.

Kuantan FA sebelum ini  mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak semua pemain importnya pada musim ini dan hanya mengekalkan beberapa pemain tempatan bagi menghadapi musim 2016.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top