Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang cari misi sukar di Shah Alam

Pahang cari misi sukar di Shah Alam

Pahang harus menyalahkan diri sendiri apabila mempersia-siakan deretan peluang terhidang dan menyukarkan peluang misi hatrik Piala Malaysia apabila sekadar seri 0-0 dengan Selangor, pada perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Dengan Razman yang masih cedera dan hanya diletakkan di bangku simpanan, Zainal Abidin Hassan menurunkan barisan yang hampir sama semasa menang dengan Lions XII pada Selasa kecuali Ijan menggantikan Aziz yang digantung dan Gopi kembali dalam kesebelasan utama.

Selangor dilihat bersungguh-sungguh untuk menjadikan impian misi 33 mereka tercapai apabila menguasai babak awal perlawanan menerusi serangan daripada Andik Vermansyah dan Guilherme De Paula.
Namun, Pahang hampir memecah kebuntuan pada minit ke 41 melalui sepakan voli menarik Hafiz Kamal namun sekadar singgah di palang gol Selangor.

Seminit kemudian, Shahrizan Salleh melakukan cip menarik namun berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Bersambung babak kedua, penguasaan bertukar apabila Pahang dilihat lebih selesa menyerang. Azamuddin Akil hampir-hampir menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 49 namun tandukannya melewati palang.

Tandukan Mathias Conti hasil sepakan sudut pada minit ke 65 juga hampir membuahkan hasil namun sekali lagi sipi melewati palang gol.

Kemarau gol dalam perlawanan ini berterusan selepas percubaan Conti pada minit ke 82 sekadar mengenai tiang.

Pahang akan berdepan tugas sukar beraksi dihadapan puluhan ribu penyokong merah kuning di Stadium Shah Alam, Ahad ini dalam perlawanan kedua separuh akhir, Ahad ini.

Keputusan perlawanan lain :

Felda United 2-2 Kedah

One thought on “Pahang cari misi sukar di Shah Alam

Leave a Reply

Top