Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Mampukah Pahang mengelak tragedi 2012?

Mampukah Pahang mengelak tragedi 2012?

Skrip Piala Malaysia 2012 seakan berulang tahun ini apabila Pahang diundi bertemu Lions XII di Suku Akhir Piala Malaysia 2015. Pada 2012, Pahang selaku Naib Juara Kumpulan D bertemu Juara Kumpulan A, Lions XII di mana mereka tewas melalui agregat 3-2. Selepas membawa bekalan kemenangan tipis 2-1 hasil jaringan Fauzi Roslan dan Hafiz Kamal di Darulmakmur, Pahang selaku Naib Juara Liga Perdana 2012 bergelut untuk beraksi di atas padang tiruan Stadium Jalan Besar. Dibarisi hampir kesemua pemain skuad kebangsaan Singapura, Lions XII mudah menjinakkan Pahang 2-0 melalui dua jaringan kapten negara Seberang Tambak itu, Shahril Ishak, seterusnya layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Juara Liga Perdana 2012, ATM melalui sepakan penalti.

Deja Vu?

Musim 2015, Pahang sekali lagi tampil sebagai naib juara liga, kali ini Naib Juara Liga Super, dan muncul sekali lagi Naib Juara Kumpulan D Piala Malaysia. Tok Gajah sekali lagi diundi bertemu Juara Kumpulan A, Lions XII di suku akhir. Namun kali ini skuad Pahang tampak lebih bersedia, selaku juara Piala Malaysia 2013 dan 2014, anak buah Zainal Abidin dilihat bersedia menghadapi ancaman Juara Piala FA 2015 yang dibarisi rata-rata skuad bawah 23 tahun Singapura. Pahang harus memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan membawa bekalan selesa ke Jalan Besar, kerana rekod Pahang di sana musim ini sangat buruk termasuk dimalukan 2-4 dalam saingan Liga Super baru-baru ini. Realistiknya, Pahang mesti memburu banyak gol dan elakkan bolos di Darulmakmur, serta barisan pertahanan haruslah berdisiplin di Jalan Besar bagi menafikan peluang Lions XII ke separuh akhir.

Rekod Pertemuan

  1. 2012 Pahang 2-1 Lions XII – Piala Malaysia
  2. 2012 Lions XII 2-0 Pahang – Piala Malaysia
  3. 2013 Lions XII 3-0 Pahang – Liga Super
  4. 2013 Pahang 1-1 Lions XII – Liga Super
  5. 2014 Pahang 1-0 Lions XII – Liga Super/Piala Sumbangsih
  6. 2014 Lions XII 4-1 Pahang – Liga Super
  7. 2014 Lions XII 1-2 Pahang – Piala FA
  8. 2014 Lions XII 1-2 Pahang – Piala Malaysia
  9. 2014 Pahang 1-2 Lions XII – Piala Malaysia
  10. 2015 Pahang 3-2 Lions XII – Liga Super
  11. 2015 Lions XII 4-2 Pahang – Liga Super

Pertemuan : 11
Pahang : M-5, S-1, K-5
Lions : M-5, S-1, K-5

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top