Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > MSL15 Review : Statistik perlawanan

MSL15 Review : Statistik perlawanan

Tirai Liga Super Malaysia sudah melabuhkan tirai hampir 2 bulan yang lalu menyaksikan Pahang hanya mampu menduduki tempat kedua di belakang Johor Darul Takzim.

Persaingan yang sengit berlaku di antara kedua-dua pasukan ini sehingga memerlukan perlawanan terakhir liga bagi menentukan kejuaraan liga yang mana Pahang gagal mengambil kesempatan di atas kekalahan JDT pada Felda United.

Sementara menanti suku akhir Piala Malaysia kembali bersambung apabila ‘berehat’ bagi memberi peluang skuad kebangsaan beraksi, kami akan memberikan sedikit fakta dan analisis berkenaan tentang prestasi skuad Pahang sepanjang kejohanan Liga Super berlangsung.

Statistik keputusan

MSL15 Part I-01

Pahang melalui 22 perlawanan bermula dengan perlawanan menentang JDT di Larkin dan yang terakhir menentang Terengganu di Gong Badak.

Kedua-dua perlawanan itu, Pahang tewas dan membuatkan terlepas dua piala iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah semasa menentang JDT dan Piala Liga Super semasa menentang Terengganu.

Ironinya, kedua-dua piala dimenangi oleh pasukan yang sama iaitu JDT.

Tetap kebal di gelanggang sendiri

MSL15 Part I-03Sepanjang saingan MSL15, Pahang masih kebal di gelanggang sendiri dengan rekod tanpa kalah. Berikut keputusan penuh :

MENANG

  1. vs Sime Darby (2-0)
  2. vs Lions XII (3-2)
  3. vs Terengganu (3-2)
  4. vs Perak (1-0)
  5. vs PDRM (1-0)
  6. vs Sarawak (3-1)
  7. vs ATM (2-0)
  8. vs Kelantan (5-3)

SERI

  1. vs Selangor (1-1)
  2. vs JDT (1-1)
  3. vs Felda United (2-2)

Rekod sederhana di gelanggang lawan

MSL15 Part I-04Semasa beraksi di gelanggang lawan, Pahang mencatatkan keputusan sederhana.

Paling diingati ialah pecahnya badi tidak menang di Shah Alam setelah sekian lamanya ke atas Selangor dan juga kekalahan mengejutkan ke atas pasukan tercorot ATM di Paroi.

Keputusan penuh :

MENANG

  1. vs Kelantan (2-0)
  2. vs Felda United (1-0)
  3. vs PDRM (5-3)
  4. vs Selangor (3-1)
  5. vs Sime Darby (4-2)

SERI

  1. vs Sarawak (0-0)
  2. vs Perak (1-1)

KALAH

  1. vs JDT (0-2)
  2. vs ATM (0-1)
  3. vs Lions XII (2-4)
  4. vs Terengganu (1-3)

Aksi kosisten selepas perlawanan ke-8

MSL15 Part I-02

Pada permulaan musimm Pahang agak bergelut untuk mencari rentakapabila menghuni tangga terbawah pada 7 perlawanan pertama. Namun sebaik sahaja perlawanan ke 8, Pahang menduduki tangga teratas secara kosisten dan tidak turun lebuh dari tangga ketiga.

Aksi kurang memberangsangkan pada akhir saingan menyebabkan Pahang hanya mampu menduduki tangga kedua keseluruhan.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top