Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Ronaldinho : Antara realiti atau fantasi?

Ronaldinho : Antara realiti atau fantasi?

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan berita gosip perpindahan bekas pemain terbaik dunia 2 kali dari Brazil Ronaldinho yang dikatakan bakal beraksi di Liga Malaysia pada musim hadapan.

Pasukan yang dikaitkan dengan gosip ini adalah pasukan Pahang dan ada juga yang mengaitkannya dengan JDT dan kemudiannya pihak dari Selatan tanahair itu menafikannya.

Khabar angin itu menjadi bertambah hangat apabila Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hasan masih berteka-teki dengan berita itu sekaligus menguatkan spekulasi berkenaan.

2E7130AD00000578-0-Donovan_celebrates_with_goalscorer_Dwight_Yorke_and_Ronaldinho_d-a-28_1447532960318
Meraikan jaringan Yorke bersama London Donovan

Semalam kita menyaksikan Ronaldinho beraksi untuk pasukan Rest of the World (ROW) bersama bekas pemain handalan dunia yang lain seperti Patrick Kluivert, Cafu, Dwight Yorke, Luis Figo, Park Ji Sung dan ramai lagi dalam perlawanan amal yang dianjurkan oleh UNICEF dan David Beckham.

Dalam perlawanan menentang pasukan Great Britain + Ireland (GBI) yang diketuai oleh Beckham itu, pasukan GBI memenanginya dengan keputusan 3-1 dan menariknya Ronaldinho bermain dalam 90 minit perlawanan dalam keadaan cuaca hujan di Old Trafford.

Siapakah Ronaldinho?

ronaldinho-gremio
Ketika zaman awal kariernya

Ronaldinho atau nama sebenarnya ialah Ronaldo de Assis Moreira adalah seorang pemain kelahiran Brazil dan bermain dengan beberapa kelab ternama dunia.

Berumur 35 tahun, beliau memulakan karier dengan kelab Brazil Gremio sejak dari zaman muda sehinggalah dibeli oleh kelab dari Perancis, Paris Saint-Germain pada tahun 2001.

Mempunyai kemahiran mengelecek dan skil kaki yang pantas, Ronaldinho lebih cenderung bermain sebagai penyerang atau pemain tengah menyerang.

Kemuncak kariernya adalah semasa beraksi dengan kelab Barcelona bermula pada tahun 2003 di bawah kendalian Frank Rijkaard di mana beliau memenangi Kejuaraan Eropah dan juga Kejuaraan Kelab-kelab Dunia.

Memenangi Liga Juara-juara Eropah bersama Barcelona
Memenangi Liga Juara-juara Eropah bersama Barcelona

Semasa di Barcelona juga, Ronaldinho memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2005.

Pertukaran Pengurus Barcelona pada tahun 2008 menyebabkan beliau ‘angkat kaki’ ke Itali untuk bermain dengan kelab AC Milan sehingga tahun 2011 dan bermulalah kemerosotan prestasinya.

Beliau kemudian berpindah randah ke beberapa kelab di Brazil dan Mexico dan kelab terakhirnya adalah Fluminense yang hanya bertahan selama 2 bulan.

Berbicara tentang Ronaldinho tidak lengkap jika hanya menceritakan kejayaannya di peringkat kelab kerana beliau mempunyai koleksi kejayaan yang  serba lengkap dengan negaranya, Brazil.

ronaldinho 2002
Aksi Ronaldinho semasa Piala Dunia 2002

Mewakili Brazil, Ronaldinho memperolehi 97 caps dengan rekod jaringan sebanyak 33 gol termasuk gol yang menjadi igauan buruk buat peminat England semasa Piala Dunia 2002 yang menewaskan David Seaman dari jarak 40 ela untuk mengeluarkan ‘The Three Lions’ dari saingan.

Gandingan 3R pada waktu itu bersama Ronaldo dan Rivaldo membantu Brazil memenangi Piala Dunia pada tahun itu dengan menewaskan Jerman 2-0.

Bagaimana Ronaldinho dikaitkan dengan pasukan Pahang?

rumours ronaldinho
Antara petikan twitter dari media antarabangsa

Ianya bermula apabila satu laporan dari media Brazil, UOL Sports yang mengatakan Ronaldinho bakal berkelana di dua negara iaitu Malaysia dan Switzerland setelah dilepaskan oleh kelab dari Brazil Fluminense bulan lepas.

Kemudiannya, ia telah disahkan oleh agennya iaitu abangnya sendiri  Roberto de Assis Moreira dan portal dari swiss Daily Blick menghebahkannya sehingga ianya sampai ke pengetahuan peminat bolasepak di Malaysia.

Dalam portal berita tersebut, Ronaldinho dikatakan sedang meneliti tawaran sama ada hendak meneruskan kariernya di Malaysia ataupun di Switzeland.

Tawaran ke Pahang adalah melalui seorang ahli perniagaan dari Portugal iaitu Joe Ze Mira Ferreira yang juga merupakan rakan lama kepada Assis.

Assis mendakwa berbual dengan Joe di dalam telefon dan sedang berbincang tentang tawaran tersebut dan kemungkinan harga mungkin menjadi penghalang.

Media di Malaysia mula menghebahkan perkara ini bulan lepas dan menyaksikan berita ini mula mendapat perhatian peminat-peminat Liga Malaysia.

Bagi peminat Pahang, berita ini sangat mengejutkan kerana Ronaldinho bukanlah suatu nama yang kecil dan belanja untuk mendapatkan tandatangannya bukanlah sedikit.

Menurut Joe, harga permulaan untuk membawa bintang Brazil itu ialah 10 juta Euro untuk semusim dan ini bakal menjadi pemain yang termahal dalam sejarah Liga Malaysia.

Fantasi atau realiti?

ronaldinho charity
Ronaldinho dan John Terry selepas perlawanan semalam.

Kehadiran Ronaldinho sebenarnya tetap memberi impak walaupun prestasi terkininya masih menjadi tanda tanya.

Melihat kepada perlawanan semalam, skil dan staminanya masih ada dan mungkin sesuai dengan atmosfera Liga Malaysia tetapi masih tidak boleh dijadikan kayu pengukur sepenuhnya.

Persoalannya sekarang, adakah Ronaldinho mampu memberi sinar dan penyelesaian kepada barisan tengah pasukan Pahang yang sebelum ini dilihat menjadi liabiliti kepada pasukan Pahang dalam saingan musim ini.

Selain itu, berbaloikah harga RM47.9 juta semusim yang akan dilaburkan hanya untuk seorang pemain yang sudah berusia 35 tahun itu? Apakah pelaburan itu mampu ditampung hasil gate collection Pahang tanpa sumber-sumber kewangan lain?

 

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top