Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Pahang tandatangani ‘Owen Penang’?

Pahang tandatangani ‘Owen Penang’?

Skuad TokGajah tidak menunggu lama dalam persediaan untuk menghadapi musim depan apabila dikhabarkan telah menandatangi seorang pemain berumur 17 tahun yang berasal Pulau Pinang semalam.

IMG_8245
Berita FB Haria Penang 69 berkenaan perpindahan Faisal ke Pahang

Bermain di posisi penyerang dan digelar Michael Owen Pulau Pinang oleh penyokong utara tanah air itu, Mohd Faisal Abdul Halim dikatakan telah bersetuju untuk menyarung jersi Naib Juara Liga Super ini pada musim depan dengan kontrak selama setahun.

Berita ini menjadi heboh setelah gambarnya sedang menandatangani kontrak di hadapan dua orang pegawai Pahang FC menjadi viral di media sosial seperti facebook dan twitter.

Faisal, anggota pasukan Piala Belia Pulau Pinang yang juga dipanggil untuk membantu skuad Piala Presiden sehingga menjadi Naib Juara Piala Presiden setelah tewas kepada Kelantan adalah penyerang yang dilihat mempunyai bakat besar dan boleh berkembang dengan baik jika diberi didikan dan perhatian yang sewajarnya.

Pernah menyertai rancangan realiti terbitan TV3 dan TM iaitu Mencari Ramli,  beliau juga mencipta sejarah apabila menjadi pemain paling muda menjaringkan gol dalam kempen Piala Malaysia selepas diberi peluang untuk beraksi semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang PDRM sebelum ini.

IMG_8244Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC juga seolah memberi petunjuk kebenaran berita ini apabila menulis kenyataan berkenaan Mickey Mouse yang bakal berada di Pahang pada musim depan.

Mickey Mouse adalah merujuk kepada nama panggilan Faisal di kalangan rakan-rakan sepasukan dan kampungnya di Pulau Pinang iaitu ‘Mickey’.

Namun begitu, tiada kenyataan rasmi dari Pahang FC yang dijangka berkemungkinan akan mengumumkan perkara ini sebaik sahaja saingan Liga Malaysia berakhir pada Disember ini.

Gambar : www.penangsportsonline.com

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top