Anda di sini
Laman Utama > Berita > Alex dan Hafiz digugurkan

Alex dan Hafiz digugurkan

Dua pemain Pahang antara 6 pemain yang digugurkan dari skuad kebangsaan berdasarkan senarai rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Pada 29 Oktober lalu, 5 pemain Pahang dipanggil oleh Pemangku Ketua Jurulatih Negara, Datuk Ong Kim Swee tetapi yang kemudiannya terpaksa menggugurkan dua pemain tengah iaitu Mohd Azammuddin Akil dan Hafiz Kamal.

Azammuddin atau Alex terpaksa menarik diri kerana sedang menantikan kelahiran anak kedua manakala Hafiz Kamal cedera selepas perlawanan menentang PDRM di Shah Alam minggu lepas dan tidak diturunkan semasa perlawanan terakhir kumpulan D di Stadium Darulmakmur Selasa lepas.

Pemain Pahang lain yang masih berada dalam skuad kebangsaan ialah Razman Roslan, Khairul Azhan dan Mathhew Davies.

Malaysia akan menghadapi perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Palestin di Stadium King Hussein Sport City di Amman, Jordan, 12 November ini setelah venue asalnya di Hebron tidak mendapat kelulusan FIFA kerana soal keselamatan.

Bagaimanapun Alex bersama pemain-pemain di dalam senarai menunggu diarahkan bersedia jika dipanggil kembali selepas skuad negara pulang dari Amman, Jordan selepas perlawanan menentang Palestin pada 13 Oktober nanti bagi menggantikan mana-mana pemain yang cedera atau digantung.

Perlawanan seterusnya Harimau Malaysa ialah menentang UAE di Stadium Shah Alam yang bakal dilangsungkan tanpa penonton pada 17 November nanti. Malaysia kini berada dikedudukan ke 4 dari 5 pasukan dalam kumpulan A setelah mengumpul 4 mata.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top