Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang temu Lions XII di suku akhir

Pahang temu Lions XII di suku akhir

Teka teki lawan Pahang di suku akhir terjawab apabila akan menentang Lions XII setelah pasukan dari negara jiran itu menang ke atas Terengganu dalam perlawanan terakhir kumpulan masing-masing sebentar tadi.

Pahang selaku Naib Juara kumpulan D akan membuat perhitungan dengan Lions XII setelah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Pulau Pinang di Kuantan setelah PKNS menang 3-0 di Shah Alam menewaskan PDRM.

Perubahan yang besar dilakukan oleh Ketua Jurulatih Pahang berbanding kemenangan di Shah Alam tempoh hari apabila Zainal merehatkan beberapa tonggak utama seperti Razman dan Hafiz Kamal dengan menyenaraikan Aziz Ismail, Rizua Syafiqi dan D Saarvindran dalam kesebelasan utama.

Permainan pada separuh masa pertama agak hambar dengan kedua-dua pasukan hanya sesekali membuat serangan pada gawang lawan masing-masing.

Peluang terbaik Pahang melalui R Gopinathan yang merembat tinggi di kanan pintu gol Pulau Pinang walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol setelah satu gerakan menarik dari Dickson Nwakaeme di hadapan pintu gol pelawat.

Skuad Tok Gajah sepatutnya berterima kasih pada tiang gol yang menjadi penyelamat sebanyak tiga kali melalui percubaan Gil Hoon, Mohd Faisal dan Failee setelah Khairul Azhan sudahpun tertewas.

Kemasukan penyerang kebangsaaan Azammuddin Akil bagi menggantikan Gopi seolah-olah memberi nafas baru pada barisan serangan namun tetap gagal menemui jaringan gol.

Keputusan perlawanan kekal seri tanpa jaringan dengan Pahang yang sudah layak menjadi Naib Juara kumpulan D di belakang PKNS dan akan membuat perhitungan dengan Lions XII di suku akhir nanti manakala PKNS akan bertemu Kedah.

Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 24 November 2015 dengan Pahang akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu diikuti perlawanan di Jalan Besar pada 28 November.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top