Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia: Preview] Pahang vs Pulau Pinang

[Piala Malaysia: Preview] Pahang vs Pulau Pinang

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan D Rabu ini bakal menjadi medan terbaik buat pasukan Pahang untuk menebus kekecewaan di Bandaraya tempoh hari apabila ditundukkan dengan jaringan 4-1. Walaupun sudah layak ke suku akhir, perlawanan ini tetap penting untuk menentukan lawan seterusnya pada peringkat tersebut.

Prestasi semasa: Kejayaan menjadi antara pasukan terawal mara ke peringkat suku akhir apabila menewaskan PDRM minggu lalu bakal menjadi azimat buat para pemain untuk mempamerkan prestasi yang diharapkan. Kemenangan pada pertemuan ini adalah ditagih bagi meneruskan momentum kemenangan bagi menghadapi cabaran pasukan dari kumpulan A nanti. Manakala bagi pasukan Pulau Pinang, kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar sambil mengharapkan PKNS tewas kepada PDRM bakal membuka laluan untuk mengiringi Pahang ke suku akhir kumpulan D.

Failee bakal menjadi duri dalam daging Pahang dalam perlawanan malam ini.
Failee bakal menjadi duri dalam daging kepada Pahang dalam perlawanan malam ini.

Pemain tumpuan: Harapan untuk mencipta jaringan sekali lagi bakal digalas ke atas tenaga tempatan iaitu Mohd Failee yang berjaya mempamerkan persembahan yang bertenaga pada pertemuan pertama tempoh hari sambil pemain import, Lee Gil Hoon kembali menemui sentuhan jaringan apabila turut menyumbangkan satu gol pada pertemuan dengan PDRM dan PKNS baru-baru ini. Tumpuan juga terarah buat pemain muda Harimau Kumbang, Mohd Faisal yang berjaya mencuri tumpuan dengan jaringannya pada lewat permainan ketika bertemu PDRM di Bandaraya. Buat pasukan Pahang, 2 gol yang dijaringkan oleh Matias Conti sebelum ini dilihat hadir tepat pada waktunya dalam usaha beliau untuk terus menyinar seterusnya bakal menambah bisa serangan Tok Gajah nanti.

Keadaan perlawanan: Pertemuan yang keempat musim ini buat kedua-dua pasukan bakal menjanjikan tempo permainan yang tinggi apabila kedua-dua pasukan punyai misi yang tersendiri untuk meraih kemenangan. Pahang dilihat bakal menurunkan kesebelasan yang terbaik bagi menebus kekalahan lalu seterusnya menoktahkan tempat selaku juara Kumpulan D. Bukan itu sahaja, pencapaian mencipta clean sheet yang kedua sepanjang kempen kumpulan ini pada pertemuan sebelum ini di Shah Alam sudah pasti ingin dilebarkan bagi menambah keyakinan buat back four pasukan dan lebih-lebih lagi kepada penjaga gol, Khairul Azhan. Bagi Pulau Pinang pula, menang adalah objektif permainan dan keadaan ini memerlukan game plan yang lebih offensive seterusnya bakal menjanjikan persembahan yang baik buat kedua-dua pasukan.

Kecederaan pemain: Hafiz Kamal menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan buku lali (Berita Harian, 4 November 2015). Selain itu, kecederaan yang berulang memaksa Mohd Fauzi Roslan direhatkan sambil dua lagi pemain iaitu Azidan Sarudin dan Nor Azam bakal terlepas peluang untuk beraksi dan perlu untuk berehat panjang.

Lain-lain perlawanan: Pertemuan lain melibatkan aksi Kumpulan D turut menjadi tumpuan apabila PKNS bakal melayani kunjungan PDRM di Shah Alam. PKNS dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk layak ke suku akhir. Bukan itu sahaja, keputusan seri ini juga bakal membawa mereka muncul juara kumpulan sekiranya Pahang tewas di Darul Makmur nanti.

Barisan kemungkinan (pilihan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top