Anda di sini
Laman Utama > Berita > ZAH gembira Conti kembali temui sentuhan

ZAH gembira Conti kembali temui sentuhan

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila penyerang import dari Argentina Matias Conti sudah kembali mendapat sentuhan golnya setelah kemarau jaringan sepanjang kempen Piala Malaysia pada kali ini lapor koresponden TGC, Mohd Fauzi

Conti yang kembali mengisi kesebelasan utama Pahang selepas disisihkan akibat kecederaan dan masalah prestasi telah mengembalikan kepercayaan Zainal dengan menjaringkan dua gol semasa Pahang menewaskan PDRM di Stadium Shah Alam Selasa lepas.

“Saya memberitahu Conti yang dia akan selalu mendapat peluang di dalam permainan dan dia patut mengambil peluang itu sebaiknya”.

“Alhamdullilah, dia berjaya melakukannya dan kita tahu walaupun Conti kadang-kala tidak menentu prestasinya tetapi apa yang lebih penting sentuhan jaringannya masih ada dan dia sedar itu sangat penting untuk pasukan Pahang”.

Sepanjang ketiadaannya, jentera serangan Pahang seolah-olah ‘tumpul’ apabila hanya menjaringkan hanya dua gol semasa tewas dengan keputusan yang sama dalam dua perlawanan terakhir kumpulan D.

Pahang akhirnya memperolehi kemenangan yang dicari sekaligus menjadi pasukan ketiga layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas JDT dan Selangor.

Perlawanan terakhir kumpulan bakal menyaksikan Pahang menanti kunjungan Pulau Pinang di Stadium Darulmakmur manakala satu lagi perlawanan diantara PKNS menentang PDRM di  Shah Alam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top