Anda di sini
Laman Utama > Artikel > MSL Champion 2004. Dimana mereka? – Bahagian II

MSL Champion 2004. Dimana mereka? – Bahagian II

Jika sebelum ini dalam bahagian pertama kami telah menjejak pemain-pemain dalam skuad ini yang bermain di posisi pertahanan dan penjaga gol.

Dalam bahagian kedua ini, kami akan menjejak pemain-pemain yang bermain di posisi serangan, tengah dan Ketua Jurulatih pada tahun tersebut.


TENGAH

Shahrizan Salleh

IMG_3689
Ketika beraksi dalam Piala AFC menentang South China
Seorang lagi pemain yang masih setia bersama Pahang hingga kini. Bertindak selaku attacking midfielder pada tahun itu, Ijan membuktikan dirinya pemain versatile dengan beraksi sebagai pemain pertahanan kiri sehingga membantu Pahang muncul juara Piala Malaysia pada 2013 & 2014.

Juzaili Sameon

Kapten Pasukan SIme Darby Juzaili Sameon
Kapten Pasukan Sime Darby Juzaili Sameon
Pemain berasal dari Bentong ini membentuk gandingan mantap bersama Simon Colosimo dibahagian tengah sebelum bertukar ke posisi pertahanan kiri. Pernah menuntut ilmu di Perancis bersama Akmal Rizal di Racing Strousboug & FC Hagenau, beliau kini masih beraksi dengan Sime Darby FC dan dilantik sebagai Ketua Pasukan.

Simon Colosimo

Simon masih bermain hingga hari ini untuk kelab Werribee City di Australia
Simon masih bermain hingga hari ini untuk kelab Werribee City di Australia
Bekas pemain Manchester City dan skuad kebangsaan Australia ini juga hadir ketika pertengahan musim bagi menggantikan Lucas Ariel Commineli. Attacking midfielder berusia 36 tahun itu, kini masih beraksi dalam liga bawahan Australia bersama kelab Werribee FC.

Fadzli Shaari

Fadzli Shaari dalam aksinya di Liga Super menentang ATM.
Fadzli Shaari dalam aksinya di Liga Super menentang ATM.
Pemain berasal dari Kuala Lipis ini juga pernah beraksi bersama kelab Jerman, Wehen SV. Berhijrah ke Selangor selepas meninggalkan Pahang pada tahun 2006 dan berkelana ke beberapa kelab seperti ATM dan Sime Darby. Fadzli kini bersama Sime Darby FC setelah tidak sampai semusim bersama ATM.

Mohd Fikry Jaafar

Fakry #11 meraikan gol kemenangan Pahang menewaskan Sabah
Fakry #11 meraikan gol kemenangan Pahang menewaskan Sabah
Pada 2004, beliau merupakan prospek skuad Pahang pada usia 19 tahun. Mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol-gol penting, antaranya ketika menewaskan Sabah untuk mengesahkan kejuaraan. Beliau mendahului kita menemui Pencipta apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005 ketika dalam perjalanan ke padang latihan. Al-Fatihah.

PENYERANG

Hairuddin Omar

Bersama pasukan ATM sehingga kini. Belum mahu untuk bersara.
Bersama pasukan ATM sehingga kini. Belum mahu untuk bersara.
Berjaya mengatasi cita-cita Shahrulnizam Sahat, menjuarai Piala Malaysia bersama Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Beliau berhijrah selepas 4 tahun bersama Pahang dan kini masih beraksi bersama ATM sambil menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia.

Anthony Milicic

Sewaktu melatih Sydney Wanderers sebagai pembantu jurulatih
Sewaktu melatih Sydney Wanderers sebagai pembantu jurulatih
Mencipta gandingan berbisa dengan Indra Putra dan Azizul, bekas gandingan Mark Viduka dalam pasukan kebangsaan Australia ini kini pembantu jurulatih skuad negaranya yang dibawah kendalian Ange Postecoglou

Mamadou Diallo

Diallo ketika mewakili Tanpa Bays di MLS
Diallo ketika mewakili Tanpa Bays di MLS
Seorang lagi penyerang high profile yang menyertai Pahang dan memikat hati peminat Pahang walaupun hanya tampil di pertengahan musim. Mencipta nama dalam arena bola sepak hampir di semua benua, Big Mama bersara pada 2007 pada usia 36 tahun bersama kelab Mali, Djoliba AC. Selain itu, beliau mencatat 46 penampilan bersama skuad Senegal dengan menjaringkan 21 gol.

Indra Putra Mahyuddin

Indra
Masih setia bersama Felda United walaupun mendapat tawaran kembali ke Kelantan
Penjaring terbanyak Liga Super 2004 ini meninggalkan impak yang cukup besar kepada Pahang. Berhijrah ke Selangor dan Kelantan dan masih berbisa bersama Felda United pada musim ini. Lebih mengujakan, pada usia 34 tahun, beliau tetap menyengat bersama skuad kebangsaan dengan membantu negara muncul naib juara Piala AFF Suzuki pada 2014.

Azizul Kamaluddin

Azizul
Aksi Azizul dalam perlawanan persahabatan mewakili Mahkota United.
Seorang lagi lagenda Pahang, mengakhiri kariernya pada 2005 bersama Shahzan Muda. Antara pemain paling setia, berkhidmat selama 12 tahun dengan Pahang. Kini juga merupakan seorang kontraktor sepenuh masa.

KETUA JURULATIH

Zainal Abidin Hassan

30 vs Kelantan
Masih setia bersama Pahang, Zainal sudah menyimpan semua koleksi kejuaraan di Malaysia
Mula mengambil alih tugas daripada Yunus Alif pada awal 2004, Zainal membuktikan kredibilitinya dengan menjuarai Liga Super hanya pada musim pertamanya bergelar jurulatih dalam kancah Liga Malaysia. Sebelum itu, beliau merupakan jurulatih skuad remaja kebangsaan dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pengalamannya ketika bergelar pemain digunakan sepenuhnya dan muncul satu-satunya tokoh yang berjaya menjulang Piala Malaysia sebagai pemain, jurulatih serta pengurus. Kini, Zainal masih berkhidmat dengan Pahang dalam misi menjulang hatrik juara Piala Malaysia. Dengan rekod menjulang semua kejuaraan yang dipertandingkan di Malaysia sebagai pemain dan jurulatih bersama Pahang, Zainal sememangnya layak bergelar ikon bola sepak negeri Pahang.

 

 

One thought on “MSL Champion 2004. Dimana mereka? – Bahagian II

Leave a Reply

Top